Masalah internet slow

Kehidupan sekarang majoritinya dengan internet.

Teringat dulu semasa pertengahan tahun 90-an, perkhidmatan internet jalur sempit seperti 1515, 1525, dan EZnet 1315. Masa tu teruja dengar bunyi connection dial-up di komputer yang besar gedabak dulu.

Kemudian, aku pakai Streamyx dan kemudiannya bertukar kepada UniFi.

Dengan kelajuan 5Mbps, 10Mbps dan 20Mbps, kita masih mahukan sesuatu yang lebih lagi. Dan teknologi masa kini semakin canggih dan canggih mengikut peredaran zaman. Kini sudah ada 30, 100, 300, 500 mahupun 800Mbps dan 1GBps daripada penyedia perkhidmatan internet di Malaysia. Namun rata-rata menggunakan 100 dan 300Mbps untuk kegunaan di rumah.

bisnes online terbaik

Seronok betul bila internet laju.

Tapi bila internet slow, satu kepala jadi pening. Lagi-lagi jika ada kerja urgent nak buat. Macam aku punya pakej internet adalah 300Mbps. Tapi bila check speedtest, dapat 40-80Mbps saja.

Kita telefon penyedia perkhidmatan internet pun dah hafal cara-cara troubleshooting yang diberi. Terdapat dua cara untuk refresh Internet connection Unifi anda. Cara yang paling cepat dan mudah adalah dengan melakukan reboot modem dan router Unifi.

Ini cara paling senang untuk refresh internet connection. Kita hanya perlu shutdown kedua-dua modem dan router. Tunggu selama 10 minit dan kemudian on kan semula. Ini akan membolehkan kita mendapat konfigurasi internet yang baru untuk refresh kembali sambungan internet.

Jenis sakit kepala

Tapi sampai bila nak ON OFF equipment kita tu? Heeee…

Cara kedua agak teknikal, kita boleh refresh internet connection dengan disconnect dan re-connect PPPoE connection melalui konfigurasi di dalam interface Router.

Slow internet connection

Kedudukan router di rumah memang di ruang tamu sebab bersambung dengan setbox TV. Jadi bila gunakan telefon bimbit secara wireless di situ, tapi kelajuannya hanya 42Mbps, memang mengucap panjang sajalah.

Kena cari solusi benda ni. Jadi, aku pun buat carian dan menghubungi pihak yang boleh selesaikan masalah ni. En. Mazlan dari Power Link Transmission (M) Sdn Bhd (PLT).

Mazlan PLT 1

Ramai di antara kita yang menyangka bahawa Internet yang bermasalah, tapi sebenarnya ia mungkin berpunca daripada Wi-Fi dan Router korang. Router dan WiFi harus kena pakai yang stabil dan efficient. Juga bila router kena halang, ia akan mengganggu kestabilan WiFi.

Liputan WiFi korang akan berkurangan kalau router terletak dalam kawasan yang tertutup atau dikelilingi penghalang, contohnya macam dinding, atau berdekatan dengan permukaan atau objek metalik dan reflektif yang boleh memantulkan isyarat WiFi, contohnya macam cermin atau akuarium.

Kebanyakan router dlm market kedai IT walaupun dilengkapi dengan dua frekuensi WiFi, contohnya macam router TM unifi, tetapi tidak efficient untuk manage penggunaan devices kita. Siapa yang guna unifi mungkin korang tau yang router ni ada dua frekuensi, iaitu 2.4GHz dan 5GHz.

Tapi kan, bila pakej 300Mbps yang aku bayar bil setiap bulan ni tak capai apa yang sepatutnya, memang sakit kepala la. Guna smartphone dah canggih, sambungan wireless 5Ghz di ruang tamu, tapi dapat 40Mbps saja?! Stress kan?

Jadi, En Mazlan buat pemeriksaan dan demo secara percuma. Dia tunjukkan keadaan sebelum dan selepas depan mata aku sendiri. Ada beberapa perkara yang kena buat dan tukar. Boleh tengok di video bawah ni :

Haaaa, barulah best.

Aku dah ke bilik belakang dan buat video call dengan isteri yang ada di tempat lain. Memang jelas, takde pecah-pecah.

Aku test tengok video Youtube 4K di bilik yang jauh dari ruang tamu. Memang tiada lag atau sangkut. Slide forward ke depan terus, memang tiada buffering yang pusing-pusing tu. Tengok pula video Youtube 4K di televisyen. Memang superb lah macam TV mahal pulak.

Ini baru puas hati! Barulah berbaloi bayar bil bulan-bulan tu.

Speedtest PLT

Inilah kerja En. Mazlan dari PLT tu. Dia diagnosis dulu apa masalah kelajuan internet di rumah. Setiap rumah memang berbeza lah kan. Ada yang rumah banglo bertingkat, ada yang rumah apartment dan ada juga masalah-masalah di pejabat. Paling best kalau di dewan besar atau pejabat, b oleh guna dalam 100 devices tanpa masalah.

Setelah penerangan daripada En.Mazlan, dan dia dah tunjukkan depan mata daripada 42Mpbs bertukar menjadi 267Mbps, memang aku puas hati sangatlah. Nasiblah aku tak kaki gaming online. Kalau tak, mesti lagi stress kan? Heeee…

Okay bagi yang ada masalah yang sama tu, boleh hubungi En Mazlan. Demo percuma buat masa ni di Lembah Klang sahaja. Jika ada pertanyaan dan juga temujanji sesi demonstrasi, kalian hubungi :

No Tel : Klik 019-2307867 (Mazlan)
E-mail : [email protected]
Laman sesawang : http://www.plt.com.my
WhatsApp : Klik https://wa.me/60192307867

3 Comments

  1. Oh kalau nak dapat kelajuan internet yang semaksimum mungkin daripada pakej yang kita langgan, kena buat sesuatu la camni. Rugi dah bayar bulan-bulan tapi hanya guna kelajuan ciput. Ok lah nanti nak hubungi En. Mazlan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge