Kasut Satan Nike

Penyanyi rap, Montero Lamar Hill atau dikenali dengan nama pentasnya, Lil Nas X mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila mengeluarkan kasut Nike yang digelar sebagai Satan Shoes. Kasut terbabit dikeluarkan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat pakaian jalanan atau ‘streetwear’ di Brooklyn, Amerika Syarikat (AS) iaitu MSCHF.

Kasut berkenaan mempunyai gambar tanda Salib terbalik serta mempunyai logo pentagram. Selain itu, kasut tersebut mempunyai tulisan ‘Luke 10:18’ iaitu petikan daripada kitab Bible yang mengisahkan mengenai syaitan yang jatuh dari syurga.

Paling mencetuskan kontroversi, apabila kasut itu mengandungi titisan darah para pekerja MSCHF. Titisan darah tersebut disuntik di dalam tapak kasut berkenaan.

satan shoe nike

Kasut itu juga dikeluarkan sebanyak 666 unit sahaja, simbolik dengan nombor syaitan. Walaupun begitu, kasut tersebut yang dijual dengan harga AS$1,018 itu habis dijual dalam tempoh tidak sampai seminit.

Selepas kasut itu habis dijual, ada pihak yang menjual semula Satan Shoes di laman Ebay dengan harga AS$2,500 hingga AS$10,000. Kasut terbabit dikeluarkan bersempena dengan lagu terbaharu Lil Nas X yang berjudul ‘Montero, Call Me By Your Name’.

Dalam video klip muzik itu, Lil Nas X melakukan aksi tarian bersama ‘syaitan’ dan dikenakan hukuman di dalam ‘neraka’.

Ini bukanlah kali pertama, MSCHF menggunakan ‘agama’ sebagai langkah promosi mereka menjual kasut. Sebelum ini, MSCHF pernah mengubahsuai kasut Nike Air Max 97 menjadi ‘Jesus Shoe’. Jika Satan Shoes disuntik dengan darah manusia, kasut Jesus Shoe disuntik dengan ‘holy water’.

nike lil nas

Walaupun kasut yang dijual adalah model Nike Air Max 97, namun Nike menafikan Satan Shoes mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.

Ekoran itu, Nike telah memfailkan saman terhadap syarikat MSCHF.

Nike mendakwa MSCHF telah melanggar cap dagangan kerana syarikat terbabit telah menggunakan logo Nike dan rekaan Air Max 97. Malahan, pelancaran Satan Shoes juga tidak mendapat kelulusan dan keizinan Nike. Orang ramai sebelum itu ingin memboikot Nike kerana membenarkan kasut itu dilancarkan namun Nike menafikan sekeras-kerasnya pelancaran Satan Shoes mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.

Saman LilNas

Selepas Nike memfailkan saman terhadap MSCHF, Lil Nas X hanya mengeluarkan kenyataan di Twitter dengan video berdurasi 4 saat yang menunjukkan watak kartun, Squidward sedang duduk dalam kotak sambil meminta derma beserta menulis kapsyen yang berbunyi ‘me after the Nike lawsuit’. –IntradayMY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge