Bayar Saman JPJ Diskaun 70

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-75 Tahun, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

Pemberian diskaun kepada orang ramai itu adalah selama dua bulan bermula tarikh 13 April 2021.  Orang ramai yang berhasrat untuk melunaskan saman sedia ada boleh gunakan peluang ini dengan buat pembayaran melalui kaedah yang disediakan termasuk secara online.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran diskaun saman JPJ dan cara bayar saman.

TARIKH TAWARAN SAMAN

Tawaran ini berkuatkuasa sepanjang tempoh berikut:

  • 13 April hingga 11 Jun 2021 (60 hari)

KESALAHAN YANG BOLEH TERIMA DISKAUN

Tawaran ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah:

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
  • termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam

Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan sebentar tadi.

Semak Saman JPJ Diskaun

CARA BAYAR SAMAN DENGAN DISKAUN 70%

Sekiranya anda ingin membayar saman dengan tawaran diskaun sebanyak 70%, anda mestilah bayar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sehingga 11 Jun 2021 sahaja. Pembayaran saman dengan diskaun boleh dilaksanakan melalui salah satu kaedah berikut:

  1. Pejabat JPJ
  2. Cawangan JPJ
  3. UTC
  4. Kiosk
  5. Portal JPJ (Online)

SEMAK SAMAN ONLINE / SMS

Semakan saman JPJ dan pembayaran boleh dilakukan secara atas talian sahaja dengan mudah! Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh buat semakan melalui SMS.

Untuk cara semak saman JPJ secara online atau SMS, anda boleh semak di pautan berikut:

JPJ My Sikap

Jika ada saman JPJ, bolehlah terus buat bayaran diskaun di JPJ My Sikap. Jadi tunggu apa lagi, tawaran 70% diskaun itu bukan sedikit! Jangan sia-siakan peluang ini, anda boleh buat bayaran sehingga Jun 2021 ini untuk nikmati diskaun luar biasa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge