Report langgar SOP PKP

Tindakan majikan memaksa pekerja untuk hadir ke tempat kerja walaupun bukan membabitkan perkhidmatan penting ketika Sekatan Pergerakan Penuh, perlu dilaporkan segera kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Pekerja yang memakai gelang kuarantin COVID-19 juga tidak boleh dipaksa hadir ke tempat kerja.

Justeru sekiranya perkara itu berlaku, beliau berkata, ia perlu dilaporkan kepada Hotline KSM menerusi talian 03-88862409, 03-88862352 dan 03-88889111 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Pekerja diminta membuat laporan jika majikan melanggar syarat kapasiti 60 peratus yang dibenarkan. Jika ada yang memakai gelang merah jambu diarahkan bekerja, sepatutnya ia dilaporkan kepada KSM supaya dapat diambil tindakan. Semua pihak perlu bekerjasama memastikan tidak ada pelanggaran SOP.

Kilang tipu surat MITI

Kalau majikan yang memaksa pekerja berkenaan untuk bekerja, majikan itu sepatutnya dikenakan tindakan. Pekerja tiada pilihan kerana kemungkinan mereka diberi amaran, jika tidak hadir bekerja kemungkinan akan dipecat atau tidak dibayar gaji.

Ada kes sedemikian telah diambil tindakan serta diarahkan tutup premis dan dikompaun.

Jika semua masyarakat bekerjasama dalam hal ini (mematuhi SOP dan arahan sekatan pergerakan penuh), bersama-sama kita semua dapat melandaikan keluk kes COVID-19.

surat MITI kompaun kilang
Tipu surat MITI

Sudah banyak aduan mendakwa premis perniagaan dan perkilangan bukan dikategorikan perkhidmatan penting, beroperasi ketika Sekatan Pergerakan Penuh. Kita dengar banyak rungutan orang ramai, termasuklah dalam media sosial dan sebagainya mengatakan premis berkenaan dibuka serta tetap beroperasi walaupun ia dilarang.

Orang ramai boleh membuat aduan melalui Malaysia Government Call Centre di talian 03-80008000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge