Renew insurans kereta motorsikal murah online

Pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta merupakan aktiviti tahunan yang perlu dilakukan terutamanya jika anda memiliki kenderaan sendiri. Sesuai dengan saranan kerajaan dan amalan norma baharu, pelbagai perkhidmatan dalam negara seperti pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan kini boleh diakses dan dilakukan secara online.

Roadtax adalah wajib – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki LKM yang juga disebut sebagai roadtax untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.

Pemilik kenderaan perlu memperbaharui insurans dan roadtax sebelum ia mencapai tarikh luput. Pemilik kenderaan digalakkan untuk memperbaharui insurans kereta dan motosikal serta roadtax 2 bulan sebelum tamat tempoh.

microsleep bawa kereta

Kepentingan Insurans Kereta

Memiliki insurans kereta adalah penting untuk kesenangan pemilik pada masa akan datang. Melalui perlindungan insurans kereta, seseorang pemilik kenderaan tidak akan rasa terlalu terbeban apabila sesuatu berlaku pada diri sendiri atau kenderaan kelak. Sekurang-kurangnya kos tersebut akan ditanggung oleh pihak syarikat insurans yang mana secara tidak langsung mengurangkan beban pemilik.

Jenis-jenis Perlindungan Insurans Kereta

Insurans Kereta Komprehensif

Insurans kereta komprehensif atau juga dikenali sebagai insurans pihak pertama. Menyediakan perlindungan paling menyeluruh. Syarikat insurans kereta akan memberi perlindungan kepada anda termasuk jika berlaku kemalangan, kecurian, kebakaran. Selain itu, pihak insurans juga akan membayar perlindungan jika berlaku kemalangan terhadap kenderaan anda dan juga pihak yang anda langgar. Polisi ini sesuai untuk kenderaan berumur 10 tahun ke bawah.

Insurans Kereta Pihak ketiga, kecurian dan kebakaran

Insurans kereta ini memberi perlindungan jika berlaku kebakaran atau kecuaian pada kenderaan anda (kejadian berlaku tanpa sengaja). Jika berlaku kemalangan (anda pesalah), pemilik kenderaan (anda) perlu membaiki kereta sendiri, namun kereta yang dilanggar anda akan dilindungi oleh pihak insurans anda.

Insurans Kereta Pihak ketiga

Insurans kereta yang paling asas. Hanya memberi perlindungan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan. Tiada perlindungan akan diberikan jika berlaku kemalangan (seorang diri), kecurian mahupun kebakaran. Bergantung kepada kelulusan insurans.

renew roadtax bjak

Jumlah Perlindungan Insurans Kereta

Jumlah perlindungan bermaksud jumlah maksimum kenderaan yang akan diinsurankan mengikut nilai pasaran semasa. Boleh lihat sini untuk rujukan. Jumlah perlindungan boleh ditentukan dalam dua nilai yang berbeza iaitu:

Nilai yang dipersetujui – Pemilik kenderaan dan syarikat insurans bersetuju dengan nilai kereta pada permulaan kontrak dan juga pada setiap pembaharuan.

Contoh: Jika jumlah yang diinsurankan adalah RM35,000 dan kemudian berlaku kejadian, syarikat insurans akan membayar ganti rugi penuh iaitu sebanyak RM35,000.

Nilai pasaran – Ia mengikut kepada nilai kereta seseorang sebelum berlaku sebarang kejadian.

Contoh: Sekiranya jumlah yang diinsurankan adalah sebanyak RM35,000 dan kemudian nilai pasaran kereta ketika waktu kemalangan telah susut ke RM30,000, syarikat insurans akan membayar ganti rugi bergantung pada harga pasaran RM30,000.

No Claim Discount (NCD)

NCD bermaksud diskaun insurans kereta yang ditawarkan kepada anda oleh pihak insurans jika pemilik kenderaan tidak pernah membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. Jumlah peratusan NCD akan lebih besar jika masih tiada sebarang tuntutan pada tahun berikutnya.

Kadar peratus bagi kereta adalah berbeza seperti di bawah:

Kadar NCD untuk kereta:
Tahun pertama – 0%
Tahun kedua – 25%
Tahun ketiga – 30%
Tahun keempat – 38.33%
Tahun kelima – 45%
Tahun keenam dan ke atas – 55% (maksima)

Bagaimanapun, jika anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan membuat tuntutan pada tahun tersebut, kadar NCD anda pada tahun berikutnya akan menjadi 0% semula.

Setiap syarikat insurans kereta menawarkan polisi yang agak serupa namun mungkin manfaat atau kelebihan diterima berbeza.

renew road tax bjak

Cara untuk membeli insurans kereta dengan harga yang rendah

Jangan memperbaharui insurans kereta anda secara automatik

Sesetengah syarikat insurans kereta akan menawarkan anda pembaharuan insurans secara automatik. Sila elak dari melakukan pembaharuan secara automatik kerana premium insurans kereta yang akan anda bayar mungkin bukan yang terendah di pasaran. Syarikat insurans kereta mengemas kini premium insurans kereta dari semasa ke semasa dan oleh itu anda disaran untuk membandingkan harga insurans kereta dari pelbagai syarikat insurans kereta sebelum melakukan pembaharuan.

Perbaharui insurans kereta anda lebih awal daripada tarikh luput

Sesetengah syarikat insurans kereta mengenakan harga yang lebih tinggi jika insurans kereta anda telah tamat tempoh. Oleh itu, penting untuk anda memnperbaharui insurans kereta lebih awal dari tarikh tamat agar sentiasa dilindungi dan nikmati harga yang lebih rendah.

Bandingkan dengan lebih daripada 3 sebutharga

Syarikat insurans kereta mempunyai kaedah pengiraan premium insurans kereta yang berbeza. Premium insurans kereta antara syarikat insurans kereta boleh berubah-ubah sehingga 40-50% bergantung pada keadaan kereta.

Oleh itu, untuk membeli insurans kereta pada harga terendah, pemilik kereta harus membandingkan sebutharga insurans kereta dengan beberapa syarikat terlebih dahulu. Pada kebiasaannya, pemilik kereta peroleh penjimatan sehingga ratusan ringgit setelah perbandingan dibuat.

Sales Advisor Honda

Periksa perlindungan insurans kereta anda sebelum membeli

Setiap kereta mungkin mempunyai penggunaan dan tujuan yang berbeza dan oleh itu sangat penting untuk membeli pakej insurans kereta yang paling sesuai untuk kereta anda. Sesetengah sebutharga yang disediakan mungkin merangkumi perlindungan insurans kereta yang tidak berlaku bagi kes penggunaan, atau memiliki jumlah yang diinsuranskan lebih tinggi daripada nilai pasaran sebenarnya. Oleh itu, pemilik kenderaan disarankan untuk memeriksa perlindungan insurans kereta bagi memastikan bahawa mereka membayar hanya untuk apa yang diperlukan sahaja.

Perbaharui insurans kereta anda di Bjak.my

Bjak.my adalah sehenti untuk perbandingan insurans dan platform pembaharuan insurans kereta di Malaysia. Bjak.my membantu pemilik kereta untuk mendapatkan harga terendah bagi insurans kereta mereka dengan melakukan semua langkah yang dinyatakan di atas.

Ramai pemilik kereta telah memperbaharui insurans kereta mereka di Bjak.my dan memberikan maklum balas yang baik di laman media sosial. Anda boleh membaca penilaian berkenaan Bjak.my di sini. Jom minta sebutharga untuk insurans kereta dari Bjak.my hari ini.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge