Barang dapur mykad

Pada bulan Mac 2021, Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan PEMERKASA untuk membantu rakyat yang paling terjejas disebabkan wabak COVID-19. PEMERKASA – atau Program Pemberdayaan Strategik Rakyat dan Ekonomi – merangkumi pelbagai peruntukan untuk golongan miskin tegar dan miskin bandar di bawah inisiatif Bantuan Rentan Bandar.

Salah satu usaha tersebut adalah inisiatif PRIHATIN Kasih yang menyediakan peruntukan bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.

Program Prihatin Kasih

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

Kelebihan sistem tanpa tunai MyKasih membolehkan usaha ini diaktifkan dan dilaksanakan tanpa perlu bersemuka. Taklimat penerima dan latihan peruncit dilakukan melalui telefon; talian hotline turut disediakan untuk menguruskan sebarang pertanyaan atau masalah.

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan berikutnya. Penerima dapat menguruskan perbelanjaan mereka dan menggunakan elaun tersebut sehingga akhir tahun.

Semak Bantuan MyKasih

Inisiatif ini dilaksanakan tepat pada masanya dan sangat diperlukan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara barangan asas yang boleh dibeli temasuklah makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya, yang boleh di beli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat. Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/

Semak status penerima PRIHATIN Kasih di sini.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge