Hamad international airport

Buat pertama kali sejarah dalam tempoh sedekad, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura gagal mempertahankan kemenangan dalam Skytrax World Airpot Awards.

Peningkatan kedudukan Doha itu sudah tentunya termasuk kerja keras syarikat penerbangan utamanya, Qatar Airways di mana pihak kerajaan telah banyak melabur pada syarikat penerbangan nasional itu dan lapangan terbangnya.

Apa menjadikan Qatar Airways sempurna adalah, bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan di HIA boleh menikmati lawatan ke lapangan terbang itu, penginapan dan makanan percuma.

Selain itu perkhidmatan pemindahan VIP saat penumpang turun dari kapal terbang memberi tambah nilai kepada peningkatan kedudukan lapangan terbang itu.

Changi Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura berada di kedudukan ketiga.

Sementara itu, tiga lapangan terbang di Jepun tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik pada tahun ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda mengekalkan kedudukan di nombor dua terbaik dunia manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Narita naik dua anak tangga di tempat kelima.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kensai pula naik satu anak tangga di tempat kesembilan berbanding tahun lalu.

Dalam senarai itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada di kedudukan ke-55 berbanding di tempat ke-63 tahun lalu.

Anugerah terhadap Lapangan Terbang Terbaik Dunia itu dipilih melalui undian kepuasan pengguna yang dilakukan pada Ogos 2020 hingga Julai 2021.

KLIA Sepang

KLIA naik lapan kedudukan di tangga ke-55 tahun ini.

Dalam tempoh itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou, China menerima 35-45 juta penumpang dalam tempoh itu manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pula menerima 25-35 juta penumpang.

Ini diikuti dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow (20-25 juta), Frankfrut (15-20 juta), Changi (10-15 juta), Zurich (5-10 juta).

Berikut adalah 10 lapangan terbang terbaik dunia.

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar (HIA)

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo (HND)

3. Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura (SIN)

4. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul (ICN)

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Tokyo (NRT)

6. Lapangan Terbang Antarabangsa Munich (MUC)

7. Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich (ZRH)

8. Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London (LHR)

9. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX)

10. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG)

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge