Teh herba sihat

Rasanya ramai yang mungkin pernah minum air ini namun tidak tahu bahawa sebenarnya terdapat banyak khasiat teh herba buat kesihatan tubuh badan.

Berbeza dengan teh biasa yakni teh kuning, teh hijau atau teh hitam yang biasa kita jadikan minuman petang, teh herba ini mungkin adalah jauh lebih baik.

Persoalannya, apakah antara jenis teh herba yang dipercayai bagus untuk kesihatan kita semua? Jom baca artikel ini mengenai topik khasiat teh herba.

Khasiat teh herba mengikut jenisnya yang patut kita semua cuba!

Sebenarnya, terdapat banyak jenis teh herba di dunia ini yang mungkin akan mendatangkan banyak khasiat teh herba pada tubuh badan kita jika diminum dengan kerap.

Berikut adalah beberapa contoh teh herba yang patut kita semua cuba:

1. Teh herba chamomile

Chamomile adalah sejenis herba yang berasal daripada bunga dan biasa diekstrak menjadi minyak atau teh yang boleh disapu pada badan serta diminum.

Khasiat teh herba ini dipercayai mampu memberi efek ketenangan dan selalu digunakan oleh individu yang mengalami masalah gangguan tidur atau gangguan mental.

Menurut kajian yang dijalankan pada 34 pesakit insomnia, mengambil minuman teh chamomile ini sebanyak 2 kali sehari dikatakan mampu merawatnya.

Selain itu, herba chamomile ini juga mempunyai sifat antibakteria, antiviral dan antiradang yang dipercayai mampu melindungi organ hati anda.

Teh herba chamomile

2. Teh pudina

Teh pudina dihasilkan melalui proses pengestrakan daun pudina yang kemudiannya dijadikan sebagai antara minuman herba terkenal di dunia.

Ia dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan sistem penghadaman dan pencernaan ekoran unsur antioksidan yang dimiliki oleh tumbuhan ini.

Menurut kajian makmal yang pernah dijalankan, dipercayai teh pudina mampu merelakskan usus serta perut yang mengalami sebarang masalah.

Kesannya, minuman ini mungkin mampu merawat masalah seperti ketidakhadaman, senak perut, sakit perut, mual-mual, muntah-muntah serta pedih ulu hati.

3. Teh halia

Teh halia dihasilkan melalui proses percampuran di antara air teh biasa dengan halia yang kemudiannya akan dijadikan sebagai minuman herba.

Ia berperisa agak kuat dan pedas, namun dipercayai mampu menyelesaikan masalah mual-mual dan muntah-muntah yang sering dialami ibu hamil.

Menurut kajian yang dijalankan terhadap wanita hamil yang sedang dalam proses awal kehamilan, pengambilan teh halia mampu mengurangkan gejala itu.

Dalam pada itu, ia juga dikatakan mampu membantu merawat masalah berkaitan organ perut seperti sakit perut, senak perut serta ulser perut.

4. Teh bunga raya

Teh bunga raya adalah sejenis minuman teh herba yang berasal daripada sejenis bunga yang menjadi antara lambang negara kita iaitu bunga raya.

Selain warnanya yang cantik dan rasanya yang unik, ia dipercayai mampu mendatangkan manfaat terhadap kesihatan yakni mampu melawan virus.

Menurut kajian tabung uji di makmal, didapati bahawa ekstrak teh herba ini mungkin mampu melawan strain sejenis virus yang bernama selesema burung.

Namun, tahap keberkesanannya dalam melawan virus jenis lain masih belum dapat dipastikan dan kajian lanjut harus dijalankan untuk mengesahkannya.

5. Teh herba Echinacea

Echinacea adalah sejenis herba yang juga berasal daripada bunga dan biasa diekstrak menjadi teh untuk diminum bagi mendapatkan manfaat kesihatan tertentu.

Antara khasiat teh herba ini adalah dikatakan mampu menguatkan sistem imun tubuh badan lantas membantu melawan sebarang jangkitan atau penyakit.

Menurut pelbagai kajian, dipercayai bahawa pengambilannya mampu memendekkan tempoh jangkitan penyakit demam atau selesema yang biasa.

Selain itu, ia juga dikatakan mampu melegakan sakit tekak serta hidung yang tersumbat dengan hingus – gejala biasa penyakit demam atau selesema.

Teh herba Echinacea

6. Teh herba Rooibos

Rooibos adalah sejenis herba yang berasal dari Afrika Selatan dan biasa dijadikan sebagai teh herba untuk diminum bagi tujuan menyihatkan tubuh badan.

Antara khasiat teh herba ini adalah ia dipercayai masyarakat setempat sebagai sangat bagus untuk pertumbuhan, perkembangan dan ketumpatan tulang.

Menurut satu kajian tabung uji di makmal, didapati bahawa teh herba rooibos mampu merangsang sel yang terlibat dalam proses ketumpatan tulang badan manusia.

Dalam pada itu juga, ia dipercayai turut mampu membantu merawat masalah batu karang buah pinggang namun masih memerlukan kajian lanjut.

Teh herba Rooibos

7. Teh herba Lemon Balm

Berbeza dengan teh limau atau teh lemon yang biasa, teh herba ini berasal daripada sejenis tumbuhan herba dengan nama saintifik iaitu Melissa officinalis.

Dipercayai bahawa terdapat banyak manfaat teh herba ini termasuklah untuk kesihatan dalaman serta kecantikan luaran tubuh badan manusia.

Menurut kajian yang melibatkan 28 orang yang minum teh herba ini setiap hari selama 6 minggu, dipercayai ia mampu meningkatkan keanjalan arteri.

Dalam kajian yang sama, didapati bahawa ia juga mampu meningkatkan keanjalan kulit menjadikannya sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan.

Teh Herba
Pelbagai jenis teh di dunia ini

Harus diingatkan di sini bahawa segala kajian yang menunjukkan manfaat teh herba ini tidak semestinya akan mendatangkan kesan yang sama.

Oleh itu, adalah tidak salah untuk kalian mencubanya sebagai ubatan alternatif namun sila dapatkan nasihat doktor tentang keadaan kesihatan anda, ya!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge