Selain cukai jalan dan insuran kenderaan, salah satu syarat wajib untuk memandu di jalan raya di Malaysia adalah individu tersebut perlu memiliki lesen memandu yang sah. Lesen memandu juga perlu diperbaharui saban tahun. Namun, apa jadi jika lesen memandu hilang sebelum ia tamat tempoh? Bagaimanakah cara untuk anda dapatkannya semula?
Tanpa lesen memandu, tindakan undang-undang bukan sahaja bakal dikenakan, malah individu terbabit juga bakal berdepan dengan masalah lain, khususnya apabila terbabit dengan kemalangan atau kecurian kenderaan.
Tiada lesen ketika memandu boleh menyebabkan anda dikenakan saman. Bagi anda yang kehilangan lesen memandu, ikuti perkongsian di bawah.
KADAR BAYARAN YANG DIKENAKAN
Kadar bayaran yang dikenakan bagi mendapatkan semula lesen memandu yang hilang adalah seperti berikut:
- Caj denda kehilangan: RM20
- Caj renew lesen baru: RM30
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dikemukakan bersama kadar bayaran untuk membuat permohonan lesen memandu baharu:
- Borang permohonan penggantian lesen (JPJ L1) di JPJ
- Kad pengenalan
- Wang denda + renew lesen baru
- Salinan lesen memandu (jika ada)
CARA DAPATKAN LESEN MEMANDU HILANG
Seperti yang kita tahu, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) adalah agensi yang bertanggungjawab menguruskan pelesenan kenderaan dan pemandu. Jadi kita perlu berurusan dengan JPJ untuk urusan kehilangan lesen memandu.
Berikut adalah panduan mendapatkan semula lesen memandu hilang:
- Pergi ke cawangan JPJ berdekatan bersama semua dokumen di atas dan wang untuk bayaran
- Isi borang JPJ L1 (borang permohonan lesen memandu) yang boleh didapatkan di kaunter JPJ
- Tunggu giliran anda dipanggil, berikan borang JPJ L1 ke pegawai JPJ bertugas
- Bayaran RM20 bagi dapatkan lesen memandu baru. Jika perlu sila perbaharui lesen memandu anda untuk menambah tempoh tahun lesen
- Sila duduk dan tunggu lesen memandu anda selesai di cetak
Baca juga : Tabiat Pemandu Malaysia Yang Paling Dibenci
Anda dinasihatkan untuk buat laporan polis jika lesen memandu anda hilang akibat disamun atau dicuri untuk mendapatkan pengecualian bayaran untuk lesen baharu.
Anda juga dinasihatkan untuk hubungi JPJ cawangan masing-masing untuk buat pertanyaan berkenaan permohonan lesen baharu. Pengguna yang ingin renew lesen memandu yang telah tamat tempoh boleh renew lesen secara online melalui MyEg.