iSinar Akaun 1

Kerajaan hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkta, pengeluaran itu adalah bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

Baca juga : Permohonan i-Sinar, Syarat Pengeluaran Akaun 1 KWSP

iLestari Online KWSP

Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion ringgit. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021.

Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada sembilan peratus mulai Januari tahun depan untuk tempoh 12 bulan.

Baca Juga : Bantuan Prihatin Rakyat 2021 gantu Bantuan Sara Hidup (BSH)

Belanjawan 2020 Budget 2021

Ini bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.

KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

Skim ini telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai 11.6 bilion ringgit

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

10 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
TUAN NORYAZEE BIN TUAN YAHAYA
TUAN NORYAZEE BIN TUAN YAHAYA
3 years ago

mohon diluluskan

NANTAKUMAR DHARMALINGAM

Bolek tak dapat saya kwsp account 1
Dari account 2 saya duit Sudah abish

Suriati binti tunggal
3 years ago

Kenapa kwsp saya Belom dpt lgi fasa 3

JUSMIM ALOI
JUSMIM ALOI
3 years ago

matcam mana memohon dapatkan duit dari apf akaun 1

Laila
3 years ago

lusa dah boleh tahu perincian pengeluaran Akaun 1 KWSP. Sabarlah
Laila recently posted…7 Tips Nak Cepat Hamil Yang Boleh Diamalkan Oleh Pasangan MudaMy Profile

Norman shah bin mohd habil noor

Sya mohon keluarkan duit kwsp sebanyak rm500 sebulan……..

Mohamad faisal bin ilah

Saya mohon keluarkan duit KWSP sebanyak RM500 sebulan

Mohamad faisal bin ilah

Kenapa kwsp saya belum dapat lagi.saya mohon jasa baik cik urus kan KWSP saya secepat yg munkin..