Syarat Cara Pengeluaran i Sinar Akaun 1 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.

KWSP dalam kenyataan berkata i-Sinar, yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya, diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek.

Baca juga : PANDUAN CARA MOHON RM10,000 i-SINAR KWSP ONLINE AKAUN 1

kwsp Muhyiddin Yassin

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, berkata itu adalah antara beberapa syarat yang diputuskan kepada pencarum yang layak memohon program i-Sinar.

Baca : TERKINI! Pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP dibenarkan untuk 8 juta Pencarum

Untuk bantuan kepada pencarum KWSP, sebelum ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan sudah membenarkan pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

Dato Asri Hamidon iSinar

Dalam Belanjawan 2021 pula, kerajaan benarkan pengeluaran Akaun 1 oleh pencarum KWSP dengan beberapa syarat, antaranya ia disasarkan kepada golongan yang terjejas.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

  1. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
iSinar KWSP Akaun 1

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Selain itu, pencarum yang layak perlu menghabiskan Akaun 2 di bawah jumlah maksimum i-Lestari terlebih dahulu, baru boleh dikeluarkan Akaun 1.

i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021. Perincian lanjut mengenai pengeluaran i-Sinar dimaklumkan pada tarikh 18 November 2020

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

23 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Vilma Binti Hakim
3 years ago

[email protected]
Semporna.sabah 91308

Vilma Binti Hakim
3 years ago

Vilma Binti Hakim

Kerja Sendiri
3 years ago

Berita baik untuk pemilik akaun 1 kwsp yang layak keluarkan duit. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya nanti.

Alie
Alie
3 years ago

I Sinar macam takde sinar utk golongan seperti aku kerja sendiri tapi sbb covid langsung tiada sumber pendapatan nk sara diri ayah n ibu. Mula carum umur 18 tapi sejak 5 tahun sudah tak carum sbb bhenti keje. BSH rayuan tak lulus tp yg sblom ni thn 2017-2019 dapat. Check baki kwsp akaun 1 ada RM140 RIBU. Ada ke sinar demi kelangsungan hidup ni. layak ke golongan terjejas seperti aku???

Safuan shah rizan
Safuan shah rizan
3 years ago

Kwsp sedia membantu jika akaun 1 anda mempunyai simpanan . Sila hubungi cawangan kwsp yg berhampiran untuk keterangan lebih lanjut . Terima kasih . (Saya , Safuan Ahmad melaporkan) -Al-Ikhsan Sg.Buloh

muhammad sahrul bin jas

membuat keluaran kwsp untuk membuat rumah

The Owl
The Owl
3 years ago

Entahlah bai, aku yg msh bkerja ni pun slalu tak cukup bajet sampai hujung bulan sejak bini dh dberhentikan kja. Dpt keluarkan kwsp acc 2, kira ringan sikit beban. Ni igtkan dpt nk sambung ke acc 1 tp bersyarat plk. (utk yg hilang pkerjaan) apa gov igt kami yg msh bkja ni gaji semua 2k ke atas ke? Cubalah diorg bg syarat yg relevant sikit.. Kami yg makan gaji rm1.8k ke bawah ni msh terkial²..

Norman shah bin mohd habil noor

Sya mohon dpt keluarkan duit kwsp akaun 1sebanyak rm500 sebulan……..

Richard Sabing
3 years ago

Kalau bersyarat nak keluarkan kwsp dari akaun 1 susah. Nampaknya masaalah ekonomi ni melibatkan semua pihak. Bagi kakitangan kerajaan yang kelas pertengahan juga terasa sebab-sebab ada wife yang diberhentikan kerja dan terpaksa berhenti. Begitulah selanjtunya. Apalagi kakitangan bawahan awam. Kalau bos-bos rata-rata semua free sebab semua ada disediakan.. tepuk dada tanya akal.

Jackson anak selin
Jackson anak selin
3 years ago

Saya sudah lama tiada kerja lagai ini, sebab itu lh saya ingin keluarkan akaun 1 saya untuk kegunaan membuat rumah sendiri.. Dan untuk membeli barang barang keperluan membuat rumah.

Wanie
Wanie
3 years ago
Reply to  admin GB

Saya tersalah pilih amount max saya nak keluarkan 60,000 tapi tersalah bila check dah lulus so dpt berapa dan boleh kemaskini tak

Laila
3 years ago

Kenapa banyak sangat syaratnya ye?
Laila recently posted…Kelemahan i-Sinar Yang Perlu DiperbetulkanMy Profile

hafiz
hafiz
3 years ago

Kalau cancel i-lestari yang dah mohon RM500 sebulan tu, boleh kan mohon i-lestari? Ingat nak cancel je sbb pendapatan bulanan dengan RM500 tu,tak cukup bila berniaga sendiri. Biasalah baru mula buat bisnes tahun ni. Sebelum tahun ni, tak dapat nak kerja. Ikut pada syarat tu, yang mana dah mohon i-lestari, kena habiskan hingga Mac 2021 baru layak mohon i-sinar.

hafiz
hafiz
3 years ago

maaf typo : dari i-lestari ke i-sinar

BONNY ANAK DUNGGAT
BONNY ANAK DUNGGAT
3 years ago

Salamat petang boss saya nak keluarkan kwsp akaun 1 saya..

deanis
deanis
3 years ago

minimum 4.5k ke?..kalau mcm dalam akaun 1 ada bawah dari 4k….boleh kluarkan x?

Selvi a/p viran
3 years ago

Bulan 7.7.2021