Site icon Geng Borak

Alternatif i-Citra KWSP : Tambahan Bantuan Atau Galakan Berhutang?

iCitra One Off

Kebanyakan negara di dunia sememangnya meletakkan penyelesaian cash transfer kepada mangsa bencana sebagai keutamaan. Ini adalah amalan normal di negara-negara yang kerap dilanda banjir seperti Bangladesh, India, Bolivia dan Filipina.Malah negara-negara maju seperti UK dan Jerman juga melaksanakan perkara yang sama.

Di Jerman ketika banjir pada pertengahan tahun ini, kerajaan pusat dan kerajaan negeri Rhineland yang diperintah parti berbeza berebut-rebut menawarkan bantuan tunai yang lebih tinggi kepada mangsa bagi memastikan pemulihan negeri tersebut dapat disegerakan.

Ini kerana hanya mangsa sahaja lebih tahu keperluan dan keutamaan sebenar mereka pasca bencana.

Rakyat tuntut pengeluaran wang simpanan hari tua mereka sendiri KWSP kerana situasi kecemasan luar biasa akibat pandemik dan musibah banjir ketika ini. Bantuan Kerajaan hakikatnya tidak mencukupi dan tidak mencakupi semua lapisan yang terjejas sejak PKP 1.0 lagi.

Inisiatif Berhutang melalui skim pinjaman Tekun atau kemudahan BSN tidak akan menyelesaikan masalah semua pihak kerana ada yang tidak layak, bahkan menambah beban rakyat dengan lilitan hutang berpanjangan yang tiada berkesudahan.

Kerajaan wajar pertimbang untuk meningkatkan jumlah bantuan wang ihsan daripada RM1 ribu kepada sekurang-kurangnya RM5 ribu kepada mangsa banjir. (Nak baiki kereta yang ditenggelami banjir yang dianggarkan antara RM4 ribu-RM10 ribu pun tak cukup).

Bantuan wang ihsan juga perlu diperluaskan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik termasuk golongan M40 dan B40 yang hilang punca pendapatan akibat dibuang, dicutikan tanpa gaji, perniagaan lingkup akibat PKP berpanjangan dan lain-lain.

Baca juga : Rakyat Bukan Saja-saja Tuntut Pengeluaran RM10K i-Citra KWSP!

Usah takut berbelanja defisit untuk tambah bantuan kepada rakyat atas premis Pelan Konsolidasi Fiskal di saat kecemasan,musibah dan pandemik yang luar biasa. Negara berideologi kapitalis seperti Amerika Syarikat pun sanggup berbelanja defisit hampir 14% berbanding KDNKnya iaitu USD3trillion bagi menjana ekonominya semasa Pandemik.(https://www.cnbc.com/…/us-deficit-to-total-3-trillion…)

Kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika ini mewajarkan kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan bagi meningkatkan ‘Effective Aggregate Demand’ yang mampu menjana kembali pertumbuhan ekonomi. Bantuan tunai atau ‘cash transfer’ adalah amalan banyak negara-negara maju ketika ini termasuk Jerman dan UK bagi menyelesaikan musibah dan menggerakkan semula ekonomi.

Projek tebatan banjir yang efektif bagi menangani banjir adalah satu lagi contoh perbelanjaan yang punya kesan baik jangka panjang.

ARtikel Berkaitan : Noktah! Tiada Pengeluaran i-Citra RM10K One Off – PM

Sumber : https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki

Jika kerajaan sedia berbelanja untuk rakyat dan sediakan pelan dan pakej bantuan secara komprehensif berjangka pendek dan panjang kepada rakyat, sudah tentu isu pengeluaran KWSP tidak timbul lagi.

Bantuan RM1000 tunai ini masih terlalu kecil berbanding apa yang telah dilaksanakan pentadbiran lama. Sebagai contohnya ketika banjir besar Kemaman 2014, kerajaan memberikan bantuan tunai sebanyak RM2000 serta bantuan peralatan rumah bernilai RM5000 meliputi perkakasan seperti peti sejuk, televisyen, dapur, bantal dan tilam.

Sudah tentu dalam keadaan banjir yang lebih parah tahun ini, bantuan yang lebih besar perlu diberikan. Pilihan untuk berhutang harus jadi pilihan terakhir selepas masalah asas rakyat ditangani terlebih dahulu.


Kredit : Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

#BantuanTunai #DaruratBanjir #PemudaJurubicaraRakyat
#icitra #Kwsp #BangkitKembali

Exit mobile version