Site icon Geng Borak

Bagaimana Kaya Dengan Harta Pusaka

Harta banyak

Orang tua-tua kaya raya tetapi anak miskin selepas mereka tiada. Ibubapa harta pusaka banyak, rumah besar, tanah berekar-ekar tapi anak hidup merempat lepas ibubapa meninggal.

Sebab apa?

Bukan sebab ibubapa kedekut tapi sebab ramai ibubapa kurang ilmu tentang wasiat dan hibah untuk diuruskan dengan betul.

Dengan hanya perjanjian cakap mulut sahaja tanpa bertulis atas kertas, sudah di anggap selesai.

Bila ibubapa meninggal dunia ada yang mula bergaduh dengan bapa saudara, mak saudara dan adik beradik sendiri. Semuanya kata masing-masing ada hak.

Hubungan semua elok tapi bila bab tuntutan harta, semuanya jadi huru hara walaupun tanah hanya sekangkang kera.

Malah ada yang tak tahu ibubapa ada hartanah hingga akhirnya menjadi menjadi milik orang yang tak berhak mewarisi harta dan ramai jugak yang menyalahkan Amanah Raya bila tidak dituntut.

Sebagai anak, anda perlu ada ilmu. Anda perlu panduan untuk menguruskan harta pusaka dengan betul sementara ibu bapa masih hidup.

Bukan disebabkan anak tamak harta tapi supaya ianya diuruskan dengan betul ketika ibu bapa masih ada dan mudah urusan selepas mereka tiada.

Banyak berita tentang kes harta pusaka, hibah dan harta sepencarian yang ada.

Anda lihatlah isu dan kes yang sering berlaku berulang-ulang kali setiap bulan setiap tahun melibatkan harta pusaka. Ada yang putus silaturahim malah ada yang sampai sanggup bunuh.

Sampai bila nak biarkan perkara seperti ini terjadi?

Tak dapat dinafikan memang ada sebahagian orang tua-tua susah nak minta kerjasama untuk uruskan harta.

Tahu sebab apa?

Mereka tidak bersalah sebab mereka ada hak tentang harta mahupun hartanah mereka sendiri. Kita sebagai anak perlu tahu cara yang betul untuk bantu mereka uruskan tentang hartanah yang ada mengikut Islam.

Ibu bapa ni ada caranya menambat hati mereka tanpa perlu paksaan atau nampak terdesak.

Orang tua-tua ni tidak boleh bertanya ’direct to the point’. Sekali anda tanya dan salah soalan berkaitan harta, mereka akan mula ’blacklist’ anda. ‘Watak jahat’ anda akan muncul dalam minda mereka.

Sebab tu anda perlu ada ilmu dan panduan dengan dapatkan Ebook ini diman akan menyenangkan hidup anda, adik beradik dan ibu bapa di masa akan datang.

Ebook ini akan bantu anda:

Siapa Yang Perlukan eBook Ini?

Anda yang beragama Islam seperti:

Anda akan dapat 4 jenis Ebook mengikut Bab berkaitan Wasiat dan Hibah lengkap dengan panduan dan dokumentasi menghasilkan surat wasiat.

Anda juga akan dapat 8 jenis Template menghasilkan Wasiat dan Hibah.

Exit mobile version