Cuti sekolah sudah bermula sekarang ni. Ramai yang mahu cari aktiviti untuk anak, keluarga dan juga diri sendiri. Ada yang tidak sabar untuk merentas ke Langkawi mahupun ke tempat pelancongan yang lain. Dan ada pula yang lebih suka santai di rumah, mungkin juga santai bermalam main game plays.org di hotel berdekatan.

Mesti ramai ibu bapa yang memikirkan apa aktiviti yang boleh dibuat pada waktu cuti sekolah atau cuti hujung minggu.

Majoriti anak-anak dah menghadap kelas secara atas talian PdPR dan disambung pula kelas petang. Dan rutin ini sepertinya sudah menjadi kebiasaan pada setiap hari. Tahun ni yang paling lama kelas PdPR, rasa macam nak sampai hujung tahun dah. Hanya beberapa bulan sahaja ke sekolah.

Belajar pdpr

Kekal Tenang Di Rumah

Walaupun sudah dimaklumkan boleh keluar merentas daerah di Lembah Klang, tapi kami masih di rumah. Hanya keluar untuk hal-hal penting sahaja. Mungkin tak lama lagi baru nak bercuti rentas negeri pula.

Aku pun ada tengok satu laman sesawang ni, ada permainan online untuk anak-anak. Macam best saja sebab namoak bukan jenis permainan yang berat. Jadi aku fikir bolehlah cadangkan kepada anak untuk main game di plays.org ni.

Permainan dalam ni semuanya percuma tau dan hanya guna browser sahaja. Tak perlu nak muat turun aplikasi untuk bermain pelbagai jenis game tersebut. Macam best kan? Jom tengok apa yang ada di dalam game tu.

Jenis Main game plays.org

Main game di plays.org

Ada banyak juga permainan yang menarik. Ada jenis komik, arcade, kartun, sukan, simulasi dan juga pendidikan. Aku tertarik juga dengan permainan berbentuk pendidikan ni sebenarnya. Anak perlukan latihan juga dalam subjek matematik.

Dan aku cuba juga salah satu permainan tu.

Bestlah!

Contohnya macam permainan Math Boy ni. Ada jenis dan tahapnya. Mula-mula buat operasi tambah, tolak, darab, bahagi dan campur semuanya.

Main game plays.org

Kalau dulu biasa kita buat latihan matematik di dalam buku, sekarang ada game ni mestilah seronok.

Suka game yang ada dalam plays.org ni sebab boleh asah minda anak-anak. Biar otak mereka berfikir dengan ligat di samping dapat buat latihan matematik contohnya.

Ada tahap-tahapnya dan ia secara tak langsung akan buatkan anak-anak lebih minat untuk belajar atau ulangkaji pelajaran.

Lagi satu, dalam laman plays.org ni tiada jenis yang untuk upgrade atau yang melibatkan wang. Jadi memang 100% selamat untuk anak-anak.

Komik Main game plays.org

Dalam laman sesawang plays.org ni pun tiada iklan. Jadi memang lancar sahaja lah bila main game di plays.org

Mudah dan menyeronokkan. Sekarang ibubapa boleh consider anak-anak untuk main game di plays.org

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *