YAB Perdana Menteri telah mengumumkan inisiatif tambahan khas KITA PRIHATIN di mana bantuan PSU telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang sedang menerima PSU dan bantuan PSU selama 6 bulan bagi semua permohonan baharu mulai Oktober 2020. Program PSU ini dikenali sebagai PSU2.0.
Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami kadar penurunan sekurang-kurangnya 30% atau lebih bagi nilai jualan atau pendapatan tahun semasa berbanding dengan tahun sebelumnya.
Program ini juga akan memastikan majikan tidak dibenarkan untuk membuang pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah dalam tempoh menerima bantuan ini.
Majikan yang mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji pekerja selepas berunding dengan pekerja dan tertakluk kepada peraturan atau peruntukan undang-undang yang berkenaan, boleh terus menyertai program ini.
PSU 2.0 bermula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020 dan Tarikh akhir permohonan PSU 2.0 adalah pada 31 Disember 2020.
Baca juga : Kerajaan Setuju Kaji Pengeluaran Akaun 1 KWSP
Syarat Kelayakan Program Subsidi Upah 2.0 :
- Pekerja tempatan yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah
- Majikan mengalami kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih, pada jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun 2019 selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
- Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020.
- Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 September 2020.
- Bagi majikan yang menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja mereka yang bergaji RM4,000 dan ke bawah. Majikan dibenarkan untuk mengurangkan waktu bekerja ataupun pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja.
Untuk makluman majikan, terdapat had bilangan pekerja yang boleh dituntut mengikut saiz organisasi atau perusahaan masing-masing. Had bilangan adalah seperti berikut:
- 75 orang pekerja dan ke bawah : 75 orang sahaja layak
- 76 hingga 200 orang pekerja : 200 orang sahaja layak
- 201 orang pekerja dan ke atas : 200 orang sahaja layak
Manakala kadar bayaran bagi majikan adalah seperti berikut:
- Pemohon sedia ada: RM600 sebulan setiap pekerja selama 3 bulan
- Permohonan Baharu PSU 2.0: RM600 sebulan setiap pekerja selama 6 bulan
Permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang psu.perkeso.gov.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1-300-22-8000 atau layari laman sesawang eiscentre.perkeso.gov.my.
Yang tak berdaftar dengan perkeso boleh mati reput makan t..k ka? Kerajaan apa ni.
Thanks
Isteri yang tidak berkeja dan emak warga mas hanya seorg yang berkeja
Assalamualaikum…permohonan rm3 saya tidak lulus alasan tidak beroperasa tahun 2020…eemmm…saya amat memerlukan…
Yes
Assalamualaikum….
Permohonan Rm3000 saya tidak lulus alasan tidak beroperasi tahun 2020…
eemmm….saya amat memerlukan. Saya harap pihak Tuan/ Puan dapat merpertimbang kan massalah saya ini.
waalaikumussalam, billa proses rayuan nanti, boleh betulkan semula untuk operasi pada 2020
Saya tiada pekerjaan yang tetap dan memerlukan duit untuk teruskan hidup sehingga dpt kerja..
Kenapa ya gkp 1.0, kwn yg lesen perniagaan tdk aktif utk thun ni blh pla lulus bantuan ni.. gkp 2.0 ni, cba apply tp lesen tak aktif. Tdk pla lulus. Kod o4..tlg dlu jelaskan
sekarang kena pkpd 14haribulan ni tak tak tamat kew tidak..subsidi untk tahun lepas pun tak pernh dapat..