Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan program bantuan Pemerkasa Tambahan atau Pemerkasa Plus sebagai inisiatif terbaru kerajaan ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (Total Lockdown) pada masa ini.
Muhyididn berkata nilai keseluruhan program Pemerkasa Plus adalah berjumlah RM40 bilion, di mana suntikan langsung fiskal kerajaan adalah sebanyak RM5 bilion.
Muhyiddin berkata langkah baru Pemerkasa Plus akan dilaksanakan berlandaskan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam; meneruskan agenda prihatin rakyat; dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Baca juga : Senarai Bantuan PKP 3.0 : PEMERKASA Plus Sebanyak RM40 BILION
Baca terkini : 2 juta belia layak tebus kredit RM150 melalui program eBelia
Muhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas yang disiarkan secara langsung melalui kaca televisyen malam ini.
Kerajaan, kata Muhyiddin memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Muhyiddin mengumumkan isi rumah pendapatan bawah RM2,500 akan menerima bantuan RM500 pada hujung nanti.
- BPR Tambahan :
Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima bantuan RM500
Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 – RM5,000 terima bantuan RM300
Golongan bujang akan menerima RM100
BPR tambahan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung Jun
Pemerkasa Plus adalah satu lagi pakej rangsangan ekonomi selepas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan Mac lalu bagi membantu rakyat mendepani cabaran pandemik Covid-19.
Baca juga : Tambahan RM500 untuk Geran Khas Prihatin
Terdahulu, Pemerkasa membabitkan peruntukan bernilai RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu kerajaan berjumlah RM11 bilion.
Sebelum ini kerajaan memperkenalkan lima pakej bantuan bermula dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion pada Mac 2020 dan diikuti Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan berjumlah RM10 bilion.