Dalam menghadapi cabaran wabak ketika ini, Kerajaan akan terus memelihara kebajikan rakyat terutamanya mereka yang masih terjejas. Inisiatif di bawah pakej PEMERKASA kali ini akan lebih tertumpu kepada golongan rentan, kurang upaya dan mereka yang kehilangan pekerjaan.
Kerajaan telah memperkenalkan bantuan RM500 secara one-off serta tambahan RM500 kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan rendah.
Bantuan ini melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.
BANTUAN TAMBAHAN RM500 ONE OFF
Kerajaan akan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut :
- Bantuan tunai secara one-off RM500 kepada golongan B40 yang hilang pendapatan
- Bayaran tambahan RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
PENERIMA YANG LAYAK
Golongan penerima yang layak menerima bantuan RM500 secara one-off adalah terdiri daripada
- Individu yang kehilangan kerja
- Golongan rentan & kurang upaya
- Penerima BPR pendapatan RM1,000 dan ke bawah
Bantuan ini melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun.
Baca juga : Mohon RM1,000 Geran Khas Prihatin GKP 3.0 Bantuan Untuk Peniaga
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500
Bayaran bantuan tambahan dan one-off RM500 akan dibayar ke akaun penerima masing-masing pada:
- Tarikh bayaran bantuan RM500 : Mulai Jun 2021
PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN RM500
Untuk makluman anda:
- Bantuan RM500 secara one-off ini tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
- Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PEKRESO
- Untuk individu berstatus bankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan.
- Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka
Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan. Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan one-off ini akan menyusul sekiranya terdapat makluman terbaru.
Alhamdullilah. Terima kasih abah
abambam recently posted…PEMERKASA:Bantuan One Off RM500 Untuk B40 dan Penerima BPR
bpr tambahan rm 500 ada ke saya layak mendapat bantuan ini kerana pendapatan saya sebulan rm 482.11 ringgit sahaja saya pencen socso sahaja saya tidak berkerja tangan kanan saya cacat pendapatan saya kurang dari rm1000 ada saya layak untuk menerima banruan ini
Adaka saya layak dapat rm500 one off lama dah takde kerja.. Perlukah saya nak update..sa dah baca yg dipost lhdn yg tentukan layak atau tak
Untung klau org tu dpt.. Kwsp dpt, bpr dpt. Prmai dpt. mcm sye krja kedai runcit gaji msa covid nie 800 kalau tak krja tak ad gaji kwsp tak ade. Hrap bantuan prihatin tu jer..ibu pula balu..dha tua tpi bpr tu ikut org bujang.mintak bantuan lain. Brtahun2 mintak tak ade.info pun tak ade pnat naik trun tangga. Bantuan rumah mcm tu juga.
Sy berkerja kilang tapi kilang Sy seminggu 3 atau 4 hari je kerja gaji sy pula tak sampai 800 nak byr sewa,api air dan tepung susu untuk anak 2 orang dah cukup.kalau macam tu sy pun dapat ke bantuan ini
Kata duit PEMERKASA akan masuk awal bulan Jun,tapi xmasuk2 lg pun…macam mana ni..PEMERKASA PLUS plk katanya hujung bulan Jun.bila laa agaknya duit 500 oneoff ni nk masuk ya.
Semoga dengan bantuan ni dapatlah hilangkan beban golongan yang teruk terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan.
Aku pn tunggu2 tak masuk2 lagi…sms dah terima dan lulus tapi sampai sekarang satu sen pn tiada….!!!!