Dalam menghadapi cabaran wabak ketika ini, Kerajaan akan terus memelihara kebajikan rakyat terutamanya mereka yang masih terjejas. Inisiatif di bawah pakej PEMERKASA kali ini akan lebih tertumpu kepada golongan rentan, kurang upaya dan mereka yang kehilangan pekerjaan.
Kerajaan telah memperkenalkan bantuan RM500 secara one-off serta tambahan RM500 kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan rendah.
Bantuan ini melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.
BANTUAN TAMBAHAN RM500 ONE OFF
Kerajaan akan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut :
- Bantuan tunai secara one-off RM500 kepada golongan B40 yang hilang pendapatan
- Bayaran tambahan RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
PENERIMA YANG LAYAK
Golongan penerima yang layak menerima bantuan RM500 secara one-off adalah terdiri daripada
- Individu yang kehilangan kerja
- Golongan rentan & kurang upaya
- Penerima BPR pendapatan RM1,000 dan ke bawah
Bantuan ini melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun.
Baca juga : Mohon RM1,000 Geran Khas Prihatin GKP 3.0 Bantuan Untuk Peniaga
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500
Bayaran bantuan tambahan dan one-off RM500 akan dibayar ke akaun penerima masing-masing pada:
- Tarikh bayaran bantuan RM500 : Mulai Jun 2021
PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN RM500
Untuk makluman anda:
- Bantuan RM500 secara one-off ini tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
- Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PEKRESO
- Untuk individu berstatus bankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan.
- Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka
Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan. Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan one-off ini akan menyusul sekiranya terdapat makluman terbaru.