Ismail Sabri PM9

Berita gembira buat penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Maka hari ini diumumkan Bayaran BKM Fasa 3 :

i. Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

ii. Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.

iii. Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

iv. Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.

Bayaran BKM Fasa 3

Jumlah Bayaran BKM Fasa 3

Bayaran BKM Fasa 3
Bayaran BKM Fasa 3
BKM Isi Rumah Warga Emas 2500
BKM Isi Rumah Warga Emas 5000
BKM Ibu Bapa Tunggal 2500
BKM Ibu Bapa Tunggal 5000
BKM Bujang Warga Emas 2500
BKM Bujang Warga Emas 5000

Baca juga : Semakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BKM merupakan komitmen berterusan Kerajaan bagi meringankan beban golongan B40. Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini.

Ada akaun bank dan berjaya kreditKredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atauKredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
Ada akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atauKemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
Tiada akaun bankTuntutan Tunai di Cawangan BSN; atauKemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
  • Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
    1. Bayaran fasa pertama telah disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Mac
    2. Bayaran fasa kedua telah disalurkan kepada penerima yang layak pada 27 Jun sehingga 7 Julai 2022:

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge