Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Rujuk ringkasan dalam jadual di bawah:

syarat Bantuan Keluarga Malaysia BKM

Kadar Bayaran BKM

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM2000 maksimum. Pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar:

Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia BKM

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Baca juga : Noktah! Tiada Pengeluaran i-Citra RM10K One Off – PM

Ibu bapa tunggal Bantuan Keluarga Malaysia BKM

Cara Permohonan

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.

Panduan Kemaskini Maklumat BKM

Untuk mengemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:

  1. Buka laman web BKM di pautan https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Log Masuk
  3. Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan
  4. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
  5. Klik Teruskan
  6. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
  7. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan

Bagi penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC) yang mempunyai perubahan maklumat

  • Status Perkahwinan.
  • Bilangan Anak.
  • Jumlah Pendapatan.

Dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik adalah seperti berikut:

  • Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.
  • Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.
  • Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru.

Bagi mereka yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login untuk memastikan permohonan anda ada dan telah diterima di dalam sistem BKM 2022.

Tempoh Kemaskini : 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022.

Wang Bantuan

Tarikh dan Kaedah Bayaran

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan 4 kali setahun. Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

  • Berjaya Kredit
    • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • Gagal Kredit
    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Maklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang BKM, sila rujuk lampiran Soalan Lazim dari LHDN di bawah:

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge