Site icon Geng Borak

Cara Mohon Program JaminKerja, Insentif Penggajian untuk Majikan

Insentif Penggajian Jamin Kerja

Program JaminKerja Insentif Penggajian merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am.

Insentif sebanyak 20% daripada gaji kasar sehingga RM12,000 bagi setiap pekerja sekiranya berjaya bekerja bagi 6 bulan yang pertama dan sebanyak 40% daripada gaji kasar sehingga RM24,000 sekiranya pekerja diambil bekerja sehingga 6 bulan yang seterusnya.

Secara keseluruhan, insentif maksima sebanyak RM36,000 disediakan bagi setiap individu yang diambil di bawah Program JaminKerja Insentif Penggajian.

Insentif dibayar kepada majikan setiap 2 bulan bagi penggajian yang dilaksanakan dalam tempoh 12 bulan. Bayaran akan dilaksanakan bagi tempoh pekerja secara aktif dan akan ditamatkan sekiranya berhenti kerja.

Elaun Mobiliti juga disediakan kepada pekerja yang diambil sebanyak RM500 yang dibayar secara terus secara ‘one off’ kepada pekerja yang akan dibayar pada bulan pertama insentif pengambilan diluluskan.

Siapakah yang layak memohon Program JaminKerja Insentif Penggajian?

KategoriSyarat Kelayakan
PerantisanPekerja berumur 18 – 30 tahunJawatan Eksekutif sahaja
Pencari Kerja AmPekerja berumur 16 – 50 tahunMenganggur sekurang-kurangnya 60 hari
Golongan Mudah TerjejasIndividu menganggur melebihi tempoh 180 hari Penerima Faedah SIPBekas TenteraOrang AsliBekas Banduan / Orang yang diparolOrang Kurang Upaya (OKU)Pekerja berumur 50 tahun dan ke atas
WanitaMenganggur melebihi 6 bulanIbu tunggal / suri rumah yang tidak aktif bekerjaTawaran kerja yang secara flexible
Pekerjaan di bawah sektor utamaPekerjaan yang di bawah sektor berkaitan Pelancongan
Penggantian Pekerja Asing & Pegawai DagangMajikan yang mempunyai bukti pengambilan pegawai dagang ataupun pekerja asing dan melaksanakan penggantian dengan pekerja dalam kalangan rakyat Malaysia

Mohon Program JaminKerja Insentif Penggajian

Ketahui inisiatif-inisiatif JaminKerja Bajet 2022 di budget.mof.gov.my/manfaat/jaminkerja

Exit mobile version