Site icon Geng Borak

Cara Mudah Bayar Saman PDRM Dengan Gunakan ATM Maybank

Bayar saman PDRM ATM Maybank

Pasti ramai yang sudah maklum tentang cara bayar saman PDRM Sempena Aspirasi Keluarga Malaysia telah dilanjutkan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tampil dengan perkhidmatan digital baharu dan penawaran diskaun sehingga 80% melalui Portal dinamakan sebagai MyBayar Saman.

Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada. Jom ambil peluang bayar saman melalui diskaun dan portal terbaharu ini.

Sebelum ini, diskaun sebanyak 50% pada Mac lalu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna.

Namun, kali ini sambutan amat luar biasa. Pada mulanya ramai yang hadir ke KL Convention Centre untuk ke kaunter saman PDRM namun kesesakan pengunjung yang ramai menyebabkan keputusan lanjutan tarikh diambil.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Pembayaran saman boleh dibuat melalui:

CARA BAYAR SAMAN PDRM – ATM MAYBANK

Berikut dikongsikan cara membuat pembayaran saman PDRM dengan menggunakan ATM Maybank. Kredit : Mr Sharul Iman

Seterusnya pilih PEMBAYARAN SAMAN PDRM

Tekan TERUSKAN

Masukkan nombor kad pengenalan baru tanpa simbol ( – )

Semak Saman PDRM anda dan seterusnya buat bayaran.

Simpan resit untuk rujukan lanjut masa hadapan.

CARA BAYAR DI MYBAYAR SAMAN

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online untuk mendapat diskaun saman 80%.

Untuk makluman, aplikasi MyBayar Saman ini juga ditawarkan di Google playstore atau Apple store.

Laman sesawang MyBayar Saman berkemungkinan mengalami kemasukan trafik yang tinggi. Boleh cuba semak dan buat bayaran dalam jangkamasa diskaun yang diberi.

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan portal ini kerana pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.

Exit mobile version