Mybayar Saman Pdrm Diskaun

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini tampil dengan perkhidmatan digital baharu dan penawaran diskaun sehingga 50% melalui Portal dinamakan sebagai MyBayar Saman.

Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada. Jom ambil peluang bayar saman melalui diskaun dan portal terbaharu ini.

Dikongsikan cara membuat semakan saman dan bayaran saman online di Portal terbaharu PDRM tersebut.

MyBayar Saman Aplikasi

Apakah MyBayar Saman?

Perkhidmatan digital terkini yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

Dengan pelancaran aplikasi dan Portal ini, Kempen Bayar Saman turut menawarkan pengurangan kompaun sehingga 50%.

MyBayar Saman

Pendaftaran MyBayar Saman

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online untuk mendapat diskaun saman 50%.

Untuk makluman, aplikasi MyBayar Saman ini juga bakal ditawarkan di Google playstore atau Apple store.

Login MyBayar Saman

Tarikh Diskaun Saman 50%

Diskaun saman sebanyak 50% melalui aplikasi atau laman web MyBayar Saman ini hanya akan ditawarkan dalam masa terhad.

Anda boleh membuat semakan dan bayaran dalam tempoh di bawah:

Tarikh mula : 18 Jun 2021

Tarikh akhir: 18 Julai 2021

PDRM melalui JSPT menawarkan pengurangan saman trafik sehingga 50 peratus secara dalam talian, bermula hari ini hingga 18 Julai depan untuk semua jenis saman termasuk saman dalam kategori senarai hitam.

Diskaun MyBayar Saman
Bayar Saman Diskaun

Laman sesawang MyBayar Saman berkemungkinan mengalami kemasukan trafik yang tinggi. Boleh cuba semak dan buat bayaran dalam jangkamasa diskaun yang diberi.

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan portal ini kerana pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara atas-talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, berbeza dengan beberapa penawaran lain.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge