Site icon Geng Borak

Cara Tebus Kredit RM100 eMADANI

duit ringgit malaysia

Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat. Masih ramai yang tidak tahu cara tebus kredit RM100 eMADANI.

Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.

Siapakah yang layak menerima kredit RM100 eMADANI ini?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada  7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.  

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik  ‘KnowYourCustomer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat. 

Warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023 adalah layak untuk program ini, tertakluk juga kepada syarat. Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Permohonan kredit RM100 eMADANI

Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit RM100 eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah:

  1. MAE;
  2. Setel;
  3. ShopeePay; dan
  4. Touch ‘n Go eWallet.

RM100 secara ‘oneoff

Sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM100 secara ‘oneoff’ ke dalam e-dompet pilihan anda. Mengikut kebiasaan, proses ini mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.

Data berkenaan kewarganegaraan, umur, penerima STR serta pendapatan atau data-data lain yang berkaitan akan diperolehi dan disahkan melalui jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan LHDNM. Data peribadi tersebut tidak akan dikongsikan dengan penyedia perkhidmatan e-dompet.

Sebarang masalah privasi data yang berkaitan dengan e-dompet tertakluk kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). 

Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Anda mungkin perlu mengemukakan maklumat tambahan contohnya menghantar salinan kad pengenalan, untuk tujuan verifikasi. 

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kredit RM100 eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

  1. MAE: 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my
  2. Setel: Emel ke hello@setel.com atau klik di sini
  3. ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
  4. Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini 
Exit mobile version