Hari kiamat pasti akan berlaku. Cuma, bila tarikh yang tepat, tiada siapa yang mengetahuinya kecuali pemilik segala makhluk yang ada di muka bumi ini. Sejak sekian lama, ramai orang sudah memperkatakan tentang tanda-tanda akhir zaman ini. Dan ada yang tertanya-tanya apakah itu green circle Saudi yang semakin rancak.

Tidak kurang juga ada segelintir orang berpendapat bahawa wabak C0VID-19 yang melanda dunia ketika ini sebagai memberi peringatan kepada kita agar kembali kepada Sang Pencipta yang paling agung.

Sesungguhnya kepada DIA tempat kita mengadu dan memohon pertolongan daripada segala sesuatu tidak kiralah dalam keadaan senang mahupun sukar.

Masjidil haram 2021

Akhir-akhir ini, tanda-tanda kiamat seperti yang digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam riwayatnya seakan mula diperlihatkan satu persatu.

Bukan mahu menakut-nakutkan, akan tetapi ketika kunjungan jemaah ke Tanah Suci baru-baru ini, padang pasir dan kawasan gersang di sekitar Makkah dan Madinah sudah mula ditumbuhi rumput-rumput dan menjadi belukar di sesetengah tempat.

Kawasan bukit-bukau yang dahulunya hanya bukit batu yang gondol kini mula menguning dengan rumput liar dan terdapat anak sungai yang mengalir. Keadaan itu agak menggusarkan kerana ia pernah disebutkan dalam sebuah riwayat hadis.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak Harj.” Mereka bertanya apakah Harj Ya Rasulullah? Jawab Baginda; “Pembunuhan”. (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Baca juga : 7 Perkara Yang DiKetahui Mengenai Imam Mahdi

Riyadh Gallery Mall

Selain itu, aktiviti meratakan bukit bukau di sekitar Kota Makkah juga giat dijalankan bagi memberi laluan kepada pembesaran Kompleks Masjidil Haram. Kawasan Bukit Umar, Bukit Abi Qubaisy dan Bukit Qainiqian yang mengelilingi Kota Makkah juga tidak terlepas daripada arus pembangunan.

Banyak hotel baharu mula dibina di kawasan tersebut untuk menampung keperluan penginapan jutaan jemaah yang bertali arus sepanjang tahun, apatah lagi pada waktu kemuncak akhir Ramadan dan musim haji.

Namun begitu, peringatan Rasulullah SAW bahawa tidak akan berlaku hari kiamat apabila gunung-ganang beralih dari tempatnya cukup menginsafkan.

Tanda kiamat kecil juga kemungkinan mula kelihatan di mana-mana. Masakan tidak, banyak pusat beli-belah, gedung perniagaan dan pasar raya dibina tidak ubah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Baca juga : 10 Perkara Tentang Riyadh Season 2021 Yang Mengejutkan!

Green Circle Saudi
Google Earth View

Green Circle Crop Saudi

Kalian mungkin pernah melihat bulatan hijau di Peta Google semasa menavigasi di beberapa kawasan Arab Saudi dan tertanya-tanya apakah bulatan hijau ini? Arab Saudi adalah salah satu negara yang menggunakan pengairan Center Pivot.

Tanaman bulat yang boleh dilihat pada peta pada dasarnya disebabkan oleh pengairan center pivot (pangsi tengah) yang digunakan oleh beberapa negara. Malah, anda akan menemui ladang tanaman bulat ini pada peta negara-negara yang menggunakan bentuk pengairan ini.

Apakah itu Pengairan Center Pivot?

Sistem pengairan pangsi tengah menggunakan rangkaian perenjis yang berputar mengelilingi satu titik. Ini menyebabkan kawasan pengairan muncul sebagai bulatan hijau dan itulah sebabnya ladang tanaman bulat digunakan untuk menunjukkan sistem pengairan sedemikian.

Inilah yang sedang rancak berlaku tentang ‘green circle crop’ di Arab Saudi.

Center Pivot Green Circle Saudi

Sistem pengairan jenis ini dikreditkan kepada sistem Boeing yang menggunakan pam air berat yang mampu mengepam air sehingga 5 batu dalam radius bulat. Lilitan bulatan adalah sekitar 3.5 km.

Di Arab Saudi, Pengairan Pangsi Pusat digunakan di banyak projek yang pada asasnya terletak di atas tanah yang gersang dan bersifat Hyper-gersang.

Adakah dengan berlakunya sistem pengairan sebegini dan apa yang sedang berlaku, menunjukkan bahawa bumi Arab akan kembali menjadi ‘hijau’?

Green Circle Saudi

Padang pasir dan gurun terkenal dengan kering, tandus dan tempat yang paling susah untuk memperoleh air dan tumbuhan-tumbuhan hidup menghijau. Di dunia, terdapat empat jenis gurun iaitu gurun kutub, gurun sub tropis, gurun musim dingin dan gurun pesisir.

Daripada keseluruhan daratan bumi, 1/3 daripadanya terdiri daripada gurun kering dan tandus. Daripada jumlah tersebut, Gurun Arab adalah gurun terluas di benua Asia dan keempat terbesar di dunia dengan keluasan 2.33 juta kilometer persegi yang merentasi Yaman, Teluk Parsi, Oman, Jordan dan Iraq. Manakala gurun Sahara pula dengan keluasan 9.2 juta km2 meliputi Algeria, Chad, Mesir, Libya, Mali, Mauritania, Maghribi, Niger, Sudan dan Tunisia yang berlandskap batu dan tandus. 

Daripada fakta tersebut, kedudukan tanah yang gersang ini khususnya negara Arab akan berubah menjadi lembah subur dan hijau dengan tumbuhan. Semenanjung Tanah Arab secara geografinya terdiri daripada 70% kawasan gurun dan gersang, namun Nabi SAW bersabda bahawa salah satu daripada tanda kiamat adalah Semenanjung Arab akan menjadi padang rumput dan sungai yang mengalir.

Baca juga : Konflik tiga Putera Raja berebut takhta Hijaz menuju kemuncak tanda permulaan kepada pengakhiran

Pada satu ketika dahulu, Semenanjung Tanah Arab adalah tanah yang dipenuhi dengan kebun-kebun, hutan dan sungai. Perkara ini adalah bersandarkan bukti saintifik daripada penemuan kuantiti petroleum dan gas yang sangat banyak. Ini adalah kerana proses bagi petroleum dan gas terbentuk adalah berdasarkan bahan mendapan daripada tumbuhan dan haiwan di bawah permukaan bumi dalam lingkungan ratusan tahun.

Oleh itu, selepas fenomena perubahan ke atas daratan dunia, maka situasi Semenanjung Arab adalah seperti yang dilihat pada sebelum ini dengan keadaan gurun yang gersang dan kering.

4 Comments

  1. Bila baca perubahan di Tanah Arab, terus teringat tanda-tanda menghampiri Hari Kiamat. Semoga kita semua sempat bertaubat dan mengumpul amalan sebanyaknya. InsyaAllah.

  2. Ustaz wadi pun kata byk dan tanda2 kecil kiamat berlaku hari ni. Kita je yang selalu butakan mata buat tak tahu. Semoga Allah beri kesempatan pada kita utk bertaubat sebelum bertemuNya. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge