Jenazah hina Islam, individu yang menghina agama Islam adalah haram disembahyangkan, jelas penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus.
Katanya menerusi satu ceramah baru-baru ini, fatwa ahli sunnah wal jamaah menyebut individu tersebut telah diisytiharkan kafir murtad walaupun mengaku dia adalah Islam.
“Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.
“Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik,” -UAI.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar mengatakan bahawa orang munafik di akhirat kelak akan berada di neraka paling bawah. Malah orang Islam yang maki dan hina Islam, hina al-Quran serta hina nabi secara jelasnya adalah kafir dan jatuh murtad.
Orang Islam maki dan hina Islam, hina nabi, hina al-Quran jelasnya sememangnya secara jelas murtad dan kafir. Ini juga menunjukkan bahawa betapa bahaya dan teruknya mereka yang hina Islam sehinggakan jenazah hina Islam pun haram disolatkan.
Baca juga : Lelaki Hina Nabi dan Islam Ditahan Polis
‘Hukum Orang Islam Hina Agama Islam’
“Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik.
“Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah,” -UAI
Artikel Berkaitan : 7 Ciri-ciri wanita Akhir Zaman Yang Terkena Fitnah Dajjal
Justeru, setiap umat Islam wajib mencintai Rasulullah SAW kerana mencintai baginda adalah kesempurnaan iman. Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.” Riwayat Bukhari (16) dan Muslim (43)
Antara cara menunjukkan keimanan dan kecintaan ini, seperti mana yang dilakukan oleh para sahabat dan Salaf al-Soleh dengan mempertahankan baginda sekalipun dengan kekerasan.
Tak tau nak kata apa dah… mampu doakan yang baik-baik dan kita istighfar laa bebanyak, moga Allah tak bolak balikkan hati dan iman kita…
Sis Lin recently posted…JOM MAKAN MALAM BUFFET DISCOVER MALAYSIA DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL