Lelaki Hina Islam Puchong

Selepas tular wanita menghina Islam ketika persembahan di kelab komedi, terbaharu seorang lelaki hina Nabi dan Islam pula ditahan polis. Ianya selepas dikatakan melakukan perbuatan sama menerusi rakaman video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di rumah di Batu 9, Bukit Kuchai, Puchong di sini, hari ini.

“Suspek ditahan 12.30 tengah hari susulan laporan polis yang dibuat di Cyberjaya.

“Siasatan akan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu video berdurasi 36 saat menunjukkan seorang lelaki dipercayai menghina Islam tular di media sosial.

Lelaki Hina Nabi

Menerusi rakaman video itu, dia seolah mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumpa dengannya selain mengeluarkan kata-kata kesat.

Selepas tular video itu, lelaki yang hina Nabi tersebut dipercayai dibelasah beberapa individu dipercayai berang dengan tindakannya. Ini menyebabkan beliau mengalami pendarahan di muka.

Baca juga : Politikus India Hina Nabi Muhammad SAW

Susulan kejadian, lelaki itu dilihat mengeluarkan video permohonan maaf di media sosial.

“Saya minta maaf apa yang berlaku. Dah teruk kena ni. Aku tak salahkan mereka semua, aku faham… Tak sepatutnya aku buat macam itu.

“Aku harap kat luar tu (masyarakat) jangan ada yang buat macam ini lagi (hina Islam),” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada polis akan menahan individu yang memukul suspek, Anbalagan berkata, polis juga akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan di luar batas undang-undang dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. – Hmetro

3 Comments

  1. Tak faham kenapa dia nak kena hina agama, dia takde kerja ke? lepas tu minta maaf.. apa ingat selesai ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge