Jual Beli Cedok

Ramai yang bertanya soalan berkenaan dengan jual beli trending masa kini. Orang jual guna kaedah jual beli cedok cedok secara live dekat tiktok atau Instagram story. Apakah hukumnya ya? Adakah sah jual beli tersebut?

Nampak bermula dengan barang kecil-kecilan seperti gula-gula, alat make up, alat kegunaan harian dan lain-lain. Ada yang maklumkan sudah ada yang cedok-cedok barangan emas.

Ada yang memberikan pendapat masing-masing, ada yang merujuk kepada yang arif. Bagi bab fekah, rujuklah kepada pakarnya. Bagi bab muamalat (jual beli) maka rujuklah kepada mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Inshaa Allah, ada pencerahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Jual beli cedok
Gambar Hiasan

Hukum Jual Beli Cedok-cedok

Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas.

Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.

Jual beli cedok sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.

Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.

Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.

Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.

Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.

Jual beli cedok-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.

Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.

Mungkin ada orang kata, alaaa setakat jual 5 ringgit gula-gula je. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.

والله أعلم

Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my

Baca juga : Ilmu Bisnes Baju Bundle, Peluang Buat Income Berganda

Dengarkan pula apa kat Ustaz Amirul Amin tentang Hukum Jual Beli Cedok-cedok ini.

Selamat mendengar dan ambil maklum tentang apa trending ini. Moga segala amalan kita diterima Allah.

5 Comments

  1. mujur tak pernah terjebak sbb baru nampak org jual brooch cara cedok..yg lain tak pernah nampak pun lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge