Selepas i-Lestari, i-Sinar dan kemudian i-Citra. Pengeluaran demi pengeluaran daripada akaun KWSP telah dilakukan demi meneruskan kehidupan pada musim pandemik ini. Malaysia sudah menjengah kepada era endemik namun jutaan rakyat masih kelihatan terumbang-ambing dari segi kewangan. Oleh sebab itu, ramai yang mahukan pengeluaran i-Citra RM10,000 secara one off.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Siapakah yang layak memohon?

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Permohonan i-Citra telah dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021. Dan bayaran bagi Pengeluaran i-Citra dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Baca juga : Pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 Kini Dalam Perbincangan Terakhir

I-citra RM10000

#TuntutanRakyat i-Citra RM10,000 One Off

Dr Asyraf Wajdi Dusuki meneruskan perjuangan untuk membawa tuntutan rakyat mengenai beberapa perkara. Ini seperti ditulis dalam hantaran Facebook beliau tempoh hari.

Malam kelmarin selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, sempat ‘follow-up’ beberapa isu utama untuk diberikan perhatian oleh YAB Perdana Menteri, antaranya:

  1. Tuntutan Rakyat mengenai KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off.
  2. Keputusan Kabinet untuk bank menawarkan Moratorium tanpa faedah terakru.
  3. Isu-isu kebajikan dan keselamatan pekerja muda dalam industri Ekonomi GIG khususnya P-Hailing dan E-Hailing.

YAB PM menyatakan bahawa perkara-perkara yang Pemuda UMNO bangkitkan ini telah diminta untuk Menteri Kewangan Tengku Zafrul ambil tindakan dan ada yang akan diumumkan dalam Bajet 2022 nanti.

Saya maklumkan juga kepada YAB PM bahawa harapan rakyat agar dapat disegerakan terutamanya mengenai Moratorium dan i-Citra kerana ramai sangat yang berharap dan berada dalam keadaan terdesak.

Moga sama-sama doakan agar yang diharapkan ini bakal menjadi kenyataan.

— FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Baca juga : RM10,000 KWSP One Off : Antara Harapan dan Kekecewaan

I-citra RM10000

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran i-Citra.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan Simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

9 Comments

    1. Xpe sisss..rezeki sis dpt jaga anak2 membesar depan mata..

  1. Salam, sememangnya rakyat yg memerlukan pengeluaran i-citra on off, saya sudah tidak bekerja selama 3 tahun kerana keadaan company yang tidak mencukupi wang simpanan..segala bantuan kerajaan saya hanya dapat BPR tu pun dapat RM800 aje..seterusnya tidak lulus, saya pelik apa yg LHDN check pun saya tak tahu..nak kata saya incometax tak juga. So saya terpaksa pinjam sana pinjam sini untuk terus kan kelangsungan hidup. Memandangkan umur saya dah masuk 51tahun ada ke mana2 company hendak ambik bekerja.. so bagi saya pengeluaran i- citra sepatutnya dilaksanakan.

  2. Salam, sememangnya rakyat yg memerlukan pengeluaran i-citra on off, saya sudah tidak bekerja selama 3 tahun kerana keadaan company yang tidak mencukupi wang simpanan..segala bantuan kerajaan saya hanya dapat BPR tu pun dapat RM800 aje..seterusnya tidak lulus, saya pelik apa yg LHDN check pun saya tak tahu..nak kata saya incometax tak juga. So saya terpaksa pinjam sana pinjam sini untuk terus kan kelangsungan hidup. Memandangkan umur saya dah masuk 51tahun ada ke mana2 company hendak ambik bekerja.. so bagi saya pengeluaran i- citra sepatutnya dilaksanakan.

  3. Adakah I citra rm10000 secara one off akan di luluskan?.Ini adakah kerana kami amat memerlukan untuk kelansungan hidup kami.Ini adakah keluhan untuk semua ahli kwsp yg ada baki simpanan melebihi rm10000 ke atas.Kami amat berharap ia diluluskan segera.

    1. Amat memerlukan dan bharap sangat pengeluaran 10k ini DPT d laksanakan..

  4. Adakah kerajaan mahu melihat Rakyat nya yg terdesak untuk meneruskan kelansungan hidup ini dgn meminjam AH LONG, MONEY LENDER,yang akan merumitkan lagi keadaan hidup.Harap kerajaan keluarga Malaysia luluskan segera I citra rm10000 secara one off.

  5. Saya amat2 mengharapkan dpt keluarkan duit kwsp rm10.000 one off kerana saya amat2 memerlukan duit masa ni.

  6. Saya sdh berumur 53 Dan tak bekerja lagi.
    Berharap sgt one off kwsp 10k DPT Di segerakan..Gaji Suami tak mencikupi utk menampung lagi. hutang tertunggak…Bantuan krajaan tiada satu pun dpt…Dulu M40…HBS klu Ada duit sendiri knapa perlu lagi utk Kami menambah hutang lagi sedangkan hutang tertunggak tak DPT nak byr…..fikirkan lah kesusahan yg ditanggung rakyat skrg ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge