Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Insentif Persaraan (i-Saraan)
Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.
*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Faedah
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500
* tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Siapa Yang Boleh Memohon
Syarat-syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Orang yang bekerja sendiri – Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja
- Ahli KWSP
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Telah membuat pilihan i-Saraan – Menghantar borang KWSP 16G(M)
Baca juga : Waspada Cubaan Phishing Gunakan Laman Web KWSP Palsu
Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.
Cara Dan Saluran Pembayaran
Perbankan Internet (Pemindahan wang secara elektronik) | Kaunter Ejen Bank (Tunai/cek) | Ejen Bank Berdaftar | Kaunter KWSP |
---|---|---|---|
MBSB Bank MAYBANK (M2u) RHB Bank PUBLIC BANK Bank Muamalat Alliance Bank Hong Leong Bank Bank Islam Cimb Bank | BSN Maybank Public Bank RHB Bank *Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima. | Ejen Bank (EB) BSN | Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar |
Had Bayaran
Minimum (RM sahaja)
Tiada had
Maksimum (RM sahaja)
RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Apa Yang Anda Perlukan
- MyKad
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Daftar i-Saraan
https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/
MUAT TURUN KWSP 16G (M)
MUAT TURUN KWSP 6A (2)