Setiap orang tidak akan dapat pasangan yang begitu sempurna dalam apa jua perkara. Kalau lebihnya dia pada satu perkara tentu akan kurang dalam satu perkara, begitulah sebaliknya. Walaupun rasa kecewa akan kekurangan itu tapi anda juga perlu sedar bahawa anda juga memiliki kekurangan dan jangan burukkan pasangan.
Bila mana kita berkumpul bersama rakan-rakan, tentu akan ada sesi meluahkan perasaan. Ada yang tidak puas hati akan itu, ada yang ingin sekadar berkongsi malah ada juga yang membuka keburukkan pasangan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
Jangan sengaja burukkan pasangan anda walaupun anda sememangnya tidak tahan dengan sikapnya. Apa yang anda lakukan itu sepatutnya menjadi rahsia kalian berdua saja. Sama juga dengan dia terima buruknya anda.
Pada mulanya, anda mungkin akan kongsi keburukkan pasangan anda pada seorang rakan saja, tetapi jangan terkejut kalau perkara tersebut akan tersebar luas. Ini kerana, dari satu mulut boleh tersebar ke 10 mulut yang lain tanpa sedar.
Cuba kita bayangkan kalau begitu asyik memburukkan pasangan, tiba-tiba dia mendengar segala apa yang dikatakan. Sedikit sebanyak tentu akan mengecilkan hatinya. Hati pasangan ini bukan orang lain yang kena jaga tapi kita sendiri.
Bukan itu saja, bagaimana kalau pasangan anda melakukan perkara yang sama terhadap anda, tentunya anda akan rasa marah dengannya. Jadi letakkan diri anda dalam situasinya. Kalau tidak suka diperlakukan sebegitu, jangan lakukan.
Baca juga : Pasangan Bahagia Idaman, Carilah Yang Menyempurnakan
Tidak cukup dengan itu, bagaimana pula kalau rakan-rakan anda memberi satu tanggapan dan pandangan yang buruk pada pasangan anda. Sebagai pasangan tentunya anda akan mendapat tempias yang sama. Pasangan anda itu adalah cerminan anda.
Tidak semua orang boleh tahan dengan keburukan pasangan mereka, tetapi itu bukan alasan untuk anda berkongsi segala-galanya pada orang luar. Cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah luahkan semula kepada pasangan anda. Cakap padanya berkali-kali agar dia memahami apa yang anda rasakan sekaligus memperbaiki apa yang perlu.
Bercakap keburukan pasangan ini sama saja anda menyebarkan aibnya. Jangan sebarkan aib pasangan nanti anda sendiri juga akan malu.
JANGAN sesekali.. dunai rumahtangga kita, hanya kita yang simpan, puji pun berpada, bukan semua orang suka lihat kebahagiaan kita, menghina jangan sesekali, itu pesan arwah Mak Sis.. buruk baik, dia tetap Ayah kepada anak-anak kita..
Sis Lin recently posted…MAKAN NASI PADANG KAMPUNG MELAYU MAJIDEE
Betul tu, kalau tidak suka diperlakukan sebegitu, jangan lakukan..fullstop 🙂
Laila recently posted…Inilah Jutawan Malaysia, Pemilik Jenama Padini, Seed, Vincci & Brands Outlet