Site icon Geng Borak

Kenali Pangkat-Pangkat Dalam Jabatan Penjara Malaysia

Logo Jabatan Penjara Malaysia 1

Pegawai Penjara memberikan sumbangan kepada negara melalui perkhidmatan kepenjaraan yang profesional. Dua peranan yang dilaksanakan serentak iaitu sebagai pegawai keselamatan dan pemulihan.

Kedua-dua fungsi yang unik ini sangat berbeza dan anggota penjara perlu mencapai satu tahap keseimbangan yang sesuai dalam menggabungkan kedua-duanya supaya objektif jabatan tercapai.

Setiap anggota dalam Jabatan Penjara Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Kecemerlangan dalam melaksanakan tugas adalah kriteria utama.

Untuk meningkatkan profesionalisme kepenjaraan, pelbagai kursus di dalam dan luar negara turut ditawarkan kepada anggota. Di samping itu, anggota penjara juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di intitusi pengajian tinggi mengikut minat dan kelayakan akademik masing-masing.

Berikut adalah susunan dan organisasi lengkap mengikut pangkat dari atas ke bawah.

Ranking Perjawatan SeragamGred JawatanLencana Pangkat
Komisioner Jeneral Penjara
Gred Utama A
V.U.5
Komisioner Jeneral Penjara
Gred Utama B
V.U.6
Komisioner Penjara
Gred Utama C
V.U.7
Timbalan Komisioner PenjaraKA 54
Penolong Kanan Komisioner PenjaraKA 52
Penolong Komisioner Penjara (PKP)KA 48
Penguasa Penjara (PP)KA 44
Timbalan Penguasa Penjara (TPP)KA 41
Penolong Penguasa Penjara (PPP)KA 32
Inspektor Penjara (IP)KA 27
Sub Inspektor PenjaraKA 26
Sarjan Mejar PenjaraKA 24
Sarjan PenjaraKA 22
Koperal PenjaraKA 20
Wadar PenjaraKA 19
kredit : mdfaiez84.com

Organisasi Jabatan Penjara Malaysia dibahagikan kepada dua sektor iaitu bahagian Keselamatan & Koreksional dan Pengurusan. Kedua-dua bahagian ini diketuai oleh Komisioner Penjara.

Setiap sektor mempunyai bahagian-bahagian di mana ia berfungsi melancarkan perjalanan keseluruhan jabatan penjara yang diketuai oleh Komisioner Jeneral Penjara di Malaysia.

Moga Jabatan Penjara Malaysia terus sukses.

https://www.prison.gov.my

Exit mobile version