Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenalpasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, berkata mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa hari ini.

Pihak MARA mengambil serius kejadian buli yang berlaku minggu lalu itu dan hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar di bawah mana-mana Institusi Pendidikan MARA, Institut Pendidikan MARA (IPMA) mahupun tajaan MARA.

Ibu bapa pelajar terlibat telah dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan.

Keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

Keputusan ini diharap ianya bukan sahaja menjadi satu pengajaran kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga kepada pelajar-pelajar yang lain agar tidak berlaku lagi perbuatan salah laku di mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA.

Baca juga : Buli Pelajar Sekolah, Gubal Undang-undang Segera Tangani Isu

“Kita di MARA tentunya hendak melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu pengetahuan tetapi juga mempunyai sahsiah diri dan tingkah laku peribadi yang baik dan diterima oleh masyarakat,”.

MARA komited dalam menangani kes-kes buli dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) melalui penguatkuasaan peraturan sekolah.

Selain melaksanakan pemantauan secara berterusan segala aktiviti pelajar termasuk proses pembelajaran di dalam kelas bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang,.

2 Comments

  1. Apalah yang seronok sangat membuli ni..

    Beria-ia ibu bapa carikan anak-anak mereka sekolah yg baik-baik supaya anak-anak mereka cemerlang dunia akhirat tapi ini yang dorang hadiahkan buat ibu bapa mereka…hmmmmm

    Semoga anak-anak kita dijauhkan dari perbuatan membuli ini dan tidak menjadi mangsa buli.
    Ammi recently posted…Wordless Wednesday 14 :: Apa Guna Semua Ini? ::My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge