Manusia dengan akhlak yang cukup tinggi disayangi oleh Allah Taala dan siapa bersikap sebaliknya akan dibenci Allah. Ternyata perkongsian seorang Ustaz mengenai akhlak terpuji seorang billionaire muslim wajar diteladani kerana tokoh ini sentiasa bersikap merendah diri di sebalik kekayaan dimilikinya.
Sememangnya menjadi kewajipan bagi mereka yang mengaku Muslim untuk berakhlak mulia. Mereka bergaul dengan masyarakat penuh lemah lembut dan bertolak ansur, pintar dan berintegriti.
Kedudukan mereka dalam kalangan masyarakat seperti bunga yang berkembang mekar, berbau harum dan halus. Mereka bersikap penyayang dan merendah diri. Ini kerana mengucapkan perkataan yang baik adalah hasil daripada akhlak terpuji manakala pengucapan perkataan buruk hasil daripada akhlak keji.
Biar ikut resam padi, semakin berisi semakin menunduk.
Ustaz umrah Syu ada cerita yang dia pernah bawak Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pergi haji. Bukan orang biasa. Antara orang terkaya dalam Malaysia, billionaire muslim. Dari beras, gula, saham, transportation, airport, semualah dia sapu. Kita tak cakap pasal kaya juta-juta. Ni dah level bilion-bilion.
Ustaz kata dia gemuruh juga nak assist Tan Sri. VVIP kan? So sebagai wakil company, Ustaz cuba bagi the best servis untuk Tan Sri.
“Selama saya hidup, saya tak pernah tengok orang kaya yang betul tawaduk macam dia”. Syu tanya “Tawaduk macam mana tu Ustaz”.
So Ustaz cerita. Tan Sri ni pergi masjid pakai jubah biasa je. Selipar jepun tak ada jenama. Dia masuk masjid solat Zuhur, tunggu Asar, tunggu Maghrib dan Isyak. Balik rehat di bilik sekejap-sekejap saja.
Banyak masa dalam masjid. Makan pun roti je buat alas perut. Tak adanya makanan kena hidang, masuk restoran elit. Tak ada pengawal yang iring dia dari hotel dan tunggu di masjid. Dia jalan masuk ke masjid macam orang biasa je. Cuma Tan Sri selalu mintak Ustaz masuk dalam masjid bersama Tan Sri sebab dia nak Ustaz semak bacaan Quran dia.
Dah selesai solat, Tan Sri akan bangun dari tempat solat pergi ambik air zam-zam untuk Ustaz. Aik pelik ni! Biasa VIP nak orang yang layan dan hidangkan dia. Tapi bukan Tan Sri. Dia yang dulu pergi ambik air zam-zam.
Ada sekali Ustaz bawak gelas khas untuk Tan Sri minum air zam-zam. Dekat masjid kat Mekahkan banyak tong air zam-zam dan dah ada cawan plastik sekali. So Ustaz sedia la gelas kaca untuk Tan Sri minum. As servis dia la kan? Special sikit. Tapi Tan Sri tolak. Dia kata dia nak minum dari cawan plastik macam orang lain saja.
Setiap kali datang haji dan umrah, sedekahnya luar biasa. 60,000 saudi riyal main-main je dia bagi kat Ustaz and mintak Ustaz agihkan. Happy orang-orang gelandangan, orang miskin kawasan masjid dapat duit 100-200 riyal seorang. Sekitar RM150-250. Memang betul-betul terserlah ikhlas hati seorang billionaire muslim ini.
Baca juga : Forbes 2022 Senaraikan 50 Individu Terkaya di Malaysia
Ambil pakej haji paling murah walau lebih dari mampu, elak dipayungkan ketika wukuf kerana katanya di Padang Mahsyar lagi panas
Dan cerita yang paling berbekas di hati Syu adalah cerita semasa Tan Sri buat haji. By the way, pakej VIP Haji ni ada banyak jenis. Ada yang RM70K seorang, ada yang RM170K seorang. Menteri, artis, orang bisnes kaya kebanyakan ambik yang RM170K seorang tu. Tapi Tan Sri ambik yang RM70K je. Share khemah dengan jemaah lain.
Masa berwukuf di Padang Arafah, setiap masa Tan Sri duduk di tengah panas sambil doa, baca Quran sampai Ustaz pun rasa bimbang. Risau kot-kot jatuh pengsan ke apa. Masa VIP lain ada yang berehat di khemah, makan minum dengan selesa, doa dan baca Quran pun dalam khemah saja tapi Tan Sri tetap di kerusinya di bawah sinaran matahari dan suhu waktu tu mencecah 40-45 degree.
Then sebab risau Tan Sri berlama di tengah panas, Ustaz pun bawak payung dan payungkan. Tan Sri masa Tan Sri tengah doa, Kemudian Tan Sri tolak, Tan Sri kata “Ustaz, nanti masa kat Padang Mahsyar, ustaz tak boleh tolong saya. Beginilah panasnya. Saya dengan amalan saya, Ustaz dengan amalan Ustaz”. Masa tu Ustaz tertampar. Rasa malu dengan seorang kaya yang sangat zuhud dan luar biasa pemikirannya.
In fact masa Ustaz cerita, terus Syu rasa sebak. MasyaAllah luar biasa pemikiran figura hebat ni. Betul tu. Kita hidup atas muka bumi ni banyak nak puaskan hati manusia. Nak orang sanjung kita, nak orang puji kita, nak orang layan kita, nak orang loyal kat kita, nak orang senangkan hati kita sampai kita sanggup buat macam-macam demi manusia lain.
Kadang-kadang sanggup buat benda yang mengundang murka Allah semata-mata untuk tarik perhatian orang, nak bagi orang support kita, puja kita. Tengok saja hari ni. Demi content, macam-macam orang sanggup buat. Sedangkan di akhirat nanti, cuma amalan dan kita sahaja yang akan menunduk takut di depan Allah SWT.
Baca juga : Lubuk Duit Selepas Sertai Kelas Jana Income di Shopee
Tiada siapa pun yang akan tolong kita. Bukan mak, bukan suami, bukan followers, bukan kawan, bukan agent. Cuma kita dan amalan sahaja. Allahuakbar.
Terbaca kata-kata pegangan billionaire muslim, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dalam bisnes adalah “Kekayaan yang Allah bagi untuk saya adalah demi membantu orang lain. Saya percaya tentang KEBERKATAN REZEKI. Bantu orang yang memerlukan insya-Allah pertolongan Allah pasti ada”.
In fact, kalau korang tahu, Tan Sri pernah rugi RM 2 billion masa zaman kegawatan ekonomi dulu hanya untuk mempertahankan hak orang Melayu. Kita boleh tak macam tu? Nak bagi adik pinjam RM200 pun rasa nak marah.
Nak hulur kat mak ayah RM500 pun susah. Itu keluarga sendiri. Nak bagi masa tenaga kat team pun berkira untuk bantu dia. Tapi Tan Sri sanggup bantu orang yang dia sendiri tak kenal dengan jumlah yang besar. MasyaAllah hebat insan ciptaan Allah ni.
Satu lagi, kita kena sangat percaya tentang keberkatan rezeki. Untung rugi bisness tu biasa. Lagi kaya, lagi banyak rugi. Bila rugi jangan sedih melampau. Ada la tu Allah nak bagi rezeki lebih lagi.
Jangan berkira dengan orang. Jangan dikira-kira apa yang kita dapat sampai kita takut nak sedekah, nak memberi kat orang lain. Apabila rezeki itu berkat, insya-Allah takkan pernah habis dan berkurang rezeki tersebut.
One in a million. Orang kaya luar biasa. Kaya yang tak pernah takut miskin dalam sedekah. Teringat pada Saidina Abdul Rahman bin Auf, sahabat Rasulullah SAW. Saudagar kaya yang pemurah dan dermawan. Susah nak jumpa zaman sekarang. Acah-acah kaya banyak la. Yang betul kaya tapi tawadhuk dan pemurah, susah nak jumpa.
Ini yang kita panggil kaya dunia akhirat. I wanna be like him. Kejayaan dan kekayaan yang ada bukanlah satu simbol kemegahan. Tapi dengan harta dan pangkat, kita gunakan untuk memanfaatkan manusia lain untuk merubah dunia menjadi tempat yang lebih baik insya-Allah dengan izin Allah. Kaya dunia, kaya akhirat. – WN Syuhada