Kompaun PKP

Di Kelantan, seorang peniaga burger terkilan apabila dikenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, di sini pada Ahad.

Peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi sekumpulan anggota polis pada jam 11.21 malam susulan dikatakan menerima aduan berhubung perkara demikian.

Kami memang berniaga lebih jam 10 malam tetapi gerai burger ini di hadapan tangga rumah dan di dalam kampung serta menerima tempahan kebiasaannya pada waktu malam untuk dijadikan juadah sahur.

“Tempahan dibuat melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp. Jadi, kami menyiapkannya untuk dihantar secara ‘COD’ kepada pelanggan serta bukannya ada pelanggan makan di kedai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Menurutnya, mereka bergantung berpendapatan sepenuhnya terhadap hasil menjual burger dan berpindah daripada menjual burger di gerai di tepi jalan Tanjung Chat berikutan pandemik Covid-19 dan PKP sejak tahun lalu.

Sumber : Sinar Harian

Baca juga : INI KESALAHAN KOMPAUN RM10,000 INGKAR PKP

Kompaun SOP PKP

Sementara itu, seorang pengurus pusat hiburan di Arena Menteri, Bandar Sunway, Petaling Jaya dikompaun sebanyak RM5,000 dalam satu operasi malam semalam kerana tidak memilik lesan operasi dan menjual menjual minuman keras.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, semasa serbuan dilakukan, polis mendapati seramai 39 orang termasuk pekerja berada dalan premis itu.

Pemeriksaan lanjut di dalam mendapati pengurus premis berkenaan warga tempatan berusia 39 tahun telah melakukan kesalahan iaitu gagal mengemukakan lesen pusat hiburan yang sah dan tidak mempunyai lesen menjual minuman keras.

Pengurus berkenaan dikenakan kompaun dan ditahan untuk siasatan lanjut polis.

Selain itu seramai 38 orang dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana berada dalam pusat hiburan itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PKPB) (NO. 4) 2021.

Sumber : Malaysia Gazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge