Selepas tular wanita menghina Islam ketika persembahan di kelab komedi, terbaharu seorang lelaki hina Nabi dan Islam pula ditahan polis. Ianya selepas dikatakan melakukan perbuatan sama menerusi rakaman video di media sosial.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di rumah di Batu 9, Bukit Kuchai, Puchong di sini, hari ini.
“Suspek ditahan 12.30 tengah hari susulan laporan polis yang dibuat di Cyberjaya.
“Siasatan akan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu video berdurasi 36 saat menunjukkan seorang lelaki dipercayai menghina Islam tular di media sosial.
Menerusi rakaman video itu, dia seolah mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumpa dengannya selain mengeluarkan kata-kata kesat.
Selepas tular video itu, lelaki yang hina Nabi tersebut dipercayai dibelasah beberapa individu dipercayai berang dengan tindakannya. Ini menyebabkan beliau mengalami pendarahan di muka.
Baca juga : Politikus India Hina Nabi Muhammad SAW
Susulan kejadian, lelaki itu dilihat mengeluarkan video permohonan maaf di media sosial.
“Saya minta maaf apa yang berlaku. Dah teruk kena ni. Aku tak salahkan mereka semua, aku faham… Tak sepatutnya aku buat macam itu.
“Aku harap kat luar tu (masyarakat) jangan ada yang buat macam ini lagi (hina Islam),” katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada polis akan menahan individu yang memukul suspek, Anbalagan berkata, polis juga akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengambil tindakan di luar batas undang-undang dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. – Hmetro
La..Laila ingat kebal sangat. Bukan ke dia berani mati katanya dalam video 1st. Tu baru kena belasah sesama manusia. Kena dgn Allah swt, baru dia tahu..bodoh punya manusia!
Laila recently posted…Scam Wangiri. Penipuan “Missed Call” Dari Luar Negara.
Bizi sampai tak tengok dan tau ceritanya semalam, tadi baru baca dan singgah sini plak nak fahamkan… ermmm semakin menjadi-jadi yaa kes macam ni.. tak takut agaknya kena laknat… sunhanaallah…
Sis Lin recently posted…PUASHATI BELI KASUT JENAMA XES, JIMAT, MURAH DAN SELESA
Tak faham kenapa dia nak kena hina agama, dia takde kerja ke? lepas tu minta maaf.. apa ingat selesai ke?