Site icon Geng Borak

Lembah Klang Bertukar Fasa 2 PPN – Pelan Pemulihan Negara

sekatan jalanraya

Lembah Klang yang selama beberapa bulan menjadi kawasan penularan utama wabak Covid-19 di Malaysia, akhirnya akan memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Jumaat ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob susulan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN)

“Keputusan ini dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta MKN dan akan berkuat kuasa pada 10 September 2021,” – Perdana Menteri

Antara lain, ini bermakna individu yang telah divaksin penuh dibenarkan membuat perjalanan antara Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya; memandangkan ketiga-tiganya kini dikira sebagai satu “kawasan jangkitan” yang sama, justeru tidak lagi terkesan dengan larangan perjalanan rentas negeri yang masih berkuat kuasa.

Nilai Ambang Peralihan ke Fasa 2 PPN Pelan Pemulihan Negara

Dengan pengumuman itu, hanya Kedah dan Johor sahaja negeri yang masih berada dalam Fasa 1.

Nilai ambang peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 ditentukan berdasarkan tiga kriteria, iaitu purata kes harian Covid-19 di bawah 4,000 kes; penggunaan katil wad unit rawatan rapi (ICU) di paras sederhana; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Antara kelonggaran yang diberikan bagi negeri dalam Fasa 2 PPN Pelan Pemulihan Negara termasuklah:

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata SOP bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi, untuk negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 turut diberikan kelonggaran, berkuat kuasa 10 September. Antaranya:

“Sementara itu bagi negeri yang diletakkan di bawah Fasa 2 dan Fasa 3 PPN Pelan Pemulihan Negara, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hair dresser (pendandan rambut), dan salon kecantikan dibenarkan.

Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN dan kementerian berkaitan

Exit mobile version