Promosi cuti langkawi

Aktiviti melancong dalam negara ketika ini hanya dibenarkan melalui gelembung pelancongan Pulau Langkawi dengan mengikut SOP ketat, kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Dalam kenyataan, kementerian itu berkata pelancong domestik pula dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri sama bagi negeri berada dalam Fasa 2 dan ke atas mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kebenaran untuk melakukan aktiviti pelancongan adalah tertakluk kepada SOP yang telah diwartakan oleh pihak MKN,” menurut kenyataan itu.

Pada 22 Sept lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan membenarkan pembukaan pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan serta aktiviti rentas negeri jika kadar vaksinasi dewasa mencapai 90%.

Pakej Cuti Ke Langkawi

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada hari berkenaan berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM)

MOTAC berkata, kerajaan akan membuat pengumuman rasmi mengenai aktiviti rentas negeri sebaik sahaja mendapat suatu tarikh yang bersesuaian.

Berdasarkan rekod Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 85.1% populasi dewasa telah lengkap divaksinasi setakat semalam.

Baca juga : Pakej Cuti Murah Ke Langkawi MOTAC Tourism Malaysia

Cuti ke Langkawi

Gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Oktober ditangguhkan ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak, kata Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet pada hari berkenaan selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali menegaskan kerajaan negeri tidak akan membuka pintu sempadan bagi tujuan pelancongan sehingga kadar vaksinasi negara mencapai tahap 90%.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge