Mi MAGGI meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI SAH Malaysia! Acara tahunan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini. Kempen ini mencapai kemuncaknya di pertandingan akhir dan pesta terbuka bagi meraikan acara terbesar MAGGI pada tahun ini. Bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah.
Mi MAGGI mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1971. Sejak itu Mi MAGGI menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Dari semangkuk sup mi MAGGI yang menyelerakan di rumah hinggalah sepinggan Mi Goreng MAGGI yang lazat di restoran.
“Kempen MAGGI SAH Malaysia! yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI adalah untuk meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
MAGGI SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia – meluangkan masa bersama-sama tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan MAGGI kegemaran mereka.” – Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad
Cabaran Resipi KreaktifKu
Ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan akibat penularan pandemik C0VID-19. Namun kini semakin ramai rakyat Malaysia mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal.
Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan Mi MAGGI mereka yang viral!” kata Juan. Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI, yang dihoskan oleh Duta MAGGI Sheila Rusly, Duta MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI Pedas Giler MK K-Clique, MAGGI telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI viral mereka.
Para pengusaha makanan ini telah diberikan plak MAGGI SAH Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain untuk menghantar resipi kreatif MAGGI masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 8 orang finalis yang bertanding hari ini akan merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.
Kempen MAGGI SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pengguna melalui cabaran ResipiKu DuniaKu. Seramai 12 orang finalis yang terdiri daripada para pengguna bertanding untuk merebut tiga Hadiah Utama. Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung.
Baca juga : Kempen MAGGI “Jom Masak & Berkongsi Bersama
Pengiktirafan dan Sumbangan
Plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS). Ini adalah pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia.
Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing masing di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI.
Pengusaha makanan di Malaysia telah setia bersama MAGGI sejak sekian lama. Begitu juga dengan para pengguna, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati detik-detik memori manis MAGGI.
MAGGI SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI bersama rakyat Malaysia yang sudah lama terjalin.
Baca juga : Rancangan Resipi Berani MAGGI – 12 Wanita Berentap Gelaran Juara
“Semangat “Anda dan MAGGI, Sajikan Kelainan” memberikan inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan. Sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI yang dapat menarik perhatian pelanggan,” – Geetha.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen MAGGI SAH Malaysia!, sila layari Duniaku Bersama MAGGI SAH Malaysia!