Wanita Cukup Berani Maggi

Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI kini kembali dengan musim kedua yang akan menampilkan sebanyak 6 episod. Daripada sejumlah 2,000 orang peserta, seramai 12 wanita telah dipilih untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara.

Rancangan Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 yang menjanjikan lebih banyak kejutan menarik ini akan memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran dan kriteria yang ditetapkan. Ini termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak.

Antara cabaran utama yang dilalui peserta termasuk penyediaan hidangan istimewa masing masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik! Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial.

Rancangan realiti ini membawa kembali tiga orang Mentor MAGGI yang terkenal – Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris – yang akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Untuk Musim Ke-2, siri ini akan menampilkan empat orang juri jemputan – Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.

Rancangan Resipi Berani MAGGI

“Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing.

Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!”

“Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain,” Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad

Resipi Berani MAGGI

Selain menerima modal benih sebanyak RM8,000, juara Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris, memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing- masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.

Resipi Berani MAGGI merupakan kemuncak Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI, yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar dari zon selesa dan merealisasikan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’.

Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI yang bertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak. 12 orang peserta akhir Resipi Berani MAGGI telah dipilih daripada lebih 2,000 orang wanita yang menyertai siri bengkel peningkatan kemahiran pada tahun 2021.

Baca juga : Kempen “Jom Masak & Berkongsi Bersama MAGGI” Meriahkan Sambutan Hari Gawai

Rancangan Resipi Berani MAGGI

“Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI CukupRasa.

Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif.” Datin Paduka Eina Azman

12 peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir rancangan Resipi Berani MAGGI Musim Ke 2 terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah :

  1. Anastasia Maigi (Sabah)
  2. Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya)
  3. Mellony Anak Stephen (Sarawak)
  4. Nazrina binti Zamani (Selangor)
  5. Noraslinda binti Rusli (Selangor)
  6. Norli binti Mohd Azmi (Selangor)
  7. Kentila A/P Veerayah (Selangor)
  8. Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah)
  9. Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka)
  10. Nurul Hajar Ismail (Johor)
  11. Rozana Sari binti Roslan (Pahang)
  12. Suzaimi binti Zahari (Terengganu).
Finalists of Resipi Berani MAGGI

Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 akan disiarkan pada setiap hari Jumaat pada pukul 5.00 petang selama 6 minggu mulai 8 Julai menerusi saluran YouTube MAGGI (https://www.youtube.com/user/maggimalaysia)

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge