Site icon Geng Borak

Mohon Baru Dan Rayuan Berakhir 31 Oktober, Syarikat Disaran Segera Mohon Geran Khas Prihatin 2.0

Bantuan URUS B40 dan B50

Permohonan bagi inisiatif Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan ditutup pada 31 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, permohonan terbuka buat semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020, dan belum pernah menerima GKP sebelum ini.

“PKS mikro yang layak bakal menerima bantuan sekaligus berjumlah RM3,000 untuk membantu mereka dalam tempoh yang sukar ini dengan bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.

“Kepada semua PKS mikro yang layak, segeralah membuat permohonan GKP ini sebelum berakhirnya tempoh permohonan pada hujung bulan ini,” katanya dalam pembentangan Laporan Laksana ke-27 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di laman Facebooknya.

Dalam pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin, bulan lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka semula permohonan untuk PKS mikro melalui GKP 2.0, khusus bagi usahawan yang tidak berpeluang mendapat bantuan melalui inisiatif GKP sebelum ini.

Inisiatif GKP 2.0 dijangka dapat memanfaatkan lebih 200,000 peniaga dengan membabitkan peruntukan hampir RM600 juta.

Di bawah pakej Prihatin PKS Tambahan yang diumumkan April lalu, kerajaan menyediakan GKP khusus untuk membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid-19.

Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan). Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November
2020.

Baca juga : Cara Mohon Geran Khas Prihatin RM3000 untuk PKS

Siapakah yang layak memohon GKP 2.0?

1. Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

a. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan

b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
(PKS) mikro seperti berikut
:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak
termasuk pemilik; dan

d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Exit mobile version