Site icon Geng Borak

MySTEP 2022 : Permohonan Jawatan Kosong, Kemudahan dan Gaji

Mystep 2022

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

Sektor AwamGLC / Rakan Strategiknya
1 – 12 Bulan6 – 12 Bulan

Kadar Upah / Bayaran

Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik:

Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikSektor Awam​ Kadar (RM)GLC / Rakan Strategik​ Kadar Minimum* (RM)
Setaraf Ijazah Sarjana Muda2,0002,000
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,8001,800
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,6001,600
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,400

*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.

Penempatan MySTEP

Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti pegawai awam.​

Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.

Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.​

Kemudahan

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:

Jenis KemudahanSektor AwamGLC / Rakan Strategik
Cuti Rehat12 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Cuti Sakit14 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Perlindungan SosialCaruman KWSP dan PERKESOCaruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

Baca juga: Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan kerja kosong / personel MySTEP adalah seperti berikut:

Sektor AwamGLCs dan Rakan Strategiknya
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
18 tahun keatas18 tahun keatas
Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan KeatasLepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
MenganggurMenganggur

Cara Permohonan MySTEP 2022

Permohonan boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti:

Iklan jawatan kosong personel My Step juga akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.

Exit mobile version