Skin Perantisan Nasional

Program Skim Perantisan Nasional (SPN) yang menyediakan lebih 10,000 peluang pengalaman bekerja kepada golongan belia di sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dilancarkan di sini hari ini.

Inisiatif kolaborasi rentas kementerian itu diterajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya bagi membantu golongan belia yang berhadapan dengan kesukaran mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran ekoran pandemik COVID-19.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata program berbentuk perantisan itu merupakan penampan atau kusyen bagi belia yang tidak mendapat ‘full employment’.

Skim Perantisan Nasional daftar

SPN yang berkonsepkan ‘penempatan dan latihan’ terbuka untuk belia berusia 35 tahun dan ke bawah, sama ada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil kemahiran, graduan diploma atau ijazah sarjana muda yang diiktiraf kerajaan Malaysia.

Perantis terpilih akan menerima elaun sehingga RM2,000 sebulan daripada majikan yang menyertai program itu, dan dalam tempoh penempatan, perantis akan sentiasa dinilai serta diberi latihan kemahiran bersesuaian oleh majikan masing-masing.

Sebanyak 13 syarikat multinasional dan sebuah syarikat berkaitan kerajaan menyertai program SPN, dan belia yang berminat boleh memohon untuk menyertai SPN dengan melayari portal sehenti untuk belia, eBelia, di pautan http://ebelia.iyres.gov.my mulai hari ini.

KBS Iyres

Fadillah dalam ucapannya berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memberi peluang kepada 7,800 belia tempatan untuk ditempatkan dan dilatih di syarikat-syarikat pembinaan.

Dengan cara ini, para belia akan memperoleh pengalaman bekerja di sektor pembinaan secara hands-on.

skim perantisan nasional

Pandemik COVID-19 akan menyukarkan 300,000 hingga 350,000 orang graduan yang menamatkan pengajian setiap tahun untuk menyertai sektor pekerjaan.

Menurutnya agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Pembangunan Sumber Manusia Bhd, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan menjadi agensi yang bersedia untuk berkongsi maklumat berkaitan peluang latihan dan penempatan yang ditawarkan oleh majikan bagi penyertaan belia.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge