Neelofa PU Riz Karpet Nilai

Mahkamah Majistret Seremban pada hari ini melepas tanpa membebaskan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail terhadap pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Beliau menetapkan 21 Disember ini bagi perintah pelepasan dan pembebasan (DNA).

Baca juga : Pemfitnah Neelofa Tampil Mohon Maaf

Neelofa PU Riz Karpet Nilai

Sebelum ini pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal melakukan imbasan MySejahtera atau mendaftar maklumat secara manual sebelum memasuki sebuah kedai karpet yang terletak di Kawasan Perindustrian Nilai 3 pada pukul 4 petang 2 Mei semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dikuatkuasakan.

Muhammad Haris juga mengaku diadili atas tuduhan lain kerana tidak memakai topeng muka di tempat awam di tempat dan waktu yang sama.

Mereka didakwa berdasarkan Peraturan 19 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (perintah pergerakan bersyarat) 2021, yang memperuntukkan denda tidak lebih dari RM50,000, hukuman penjara tidak lebih dari enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
uncle gedek
2 years ago

Baca ni terasa nak vakum karpet pulak…

eh? hahaha