183Shares

Individu yang didakwa melemparkan fitnah terhadap pengacara terkenal Noor Neelofa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Twitter.

Pemilik akaun Twitter, Syamira Safiya mengaku mengeluarkan dakwaan tanpa asas dan tidak benar.

“Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.

“Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar,” ciapnya.

Individu tersebut turut menegaskan bahawa dia tidak berniat jahat ketika menulis kenyataan tersebut selain menyesal dengan tindakannya.

“Kenyataan itu tidak dibuat dengan niat jahat untuk berbohong atau mencemarkan nama baik mereka.

“Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka,” ciapnya lagi.

Syamira sebelum ini menyebarkan cerita berserta tangkap layar mesej daripada aplikasi WhatsApp yang didakwanya situasi berlaku di sebalik hubungan Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau PU Riz.

Hubungan pasangan tersebut yang sebelum ini dikatakan telah mengikat tali pertunangan didakwa berantakan selepas adik-beradik Neelofa memuat naik kenyataan sama seolah-olah membayangkan sesuatu tidak enak terjadi.

Media melaporkan Neelofa menafikan tuduhan yang mendakwa dia kononnya sudah berkahwin di Kelantan, terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah duit yang banyak kepada pendakwah muda itu.

Kata Syamira, permohonan maaf tersebut dilakukan atas kerelaan hati untuk membetulkan situasi yang timbul dan ia dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Permohonan maaf ini saya buat di atas kerelaan hati saya sendiri untuk saya perbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya.

183Shares

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge