Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengeluarkan panduan 10 langkah pengundian PRU15 bagi rujukan. lebih 21 juta pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Panduan berkenaan dalam bentuk bertulis dan infografik dikongsi dalam Facebook rasmi suruhanjaya berkenaan.
Menurut panduan itu, sebaik dibenarkan masuk anggota polis yang mengawal selia pintu masuk tempat mengundi, pengundi perlu menyerahkan kad pengenalan (MyKad) atau dokumen pengenalan diri dan slip semakan sekiranya ada kepada kerani pengundian pertama dan menunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
Baca juga : Senarai Penuh Calon PRU15 vs BN
10 Langkah Pengundian PRU15
1. SILA MASUK APABILA DIBENARKAN OLEH ANGGOTA POLIS YANG MENGAWAL SELIA PINTU MASUK.
2. SERAHKAN MYKAD/DOKUMEN PENGENALAN DIRI DAN SLIP SEMAKAN (SEKIRANYA ADA) KEPADA KERANI PENGUNDIAN PERTAMA. TUNJUKKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN UNTUK DIPERIKSA.
3. KERANI PENGUNDIAN PERTAMA AKAN MEMBERIKAN MYKAD/DOKUMEN PENGENALAN DIRI KEPADA KERANI PENGUNDIAN KEDUA UNTUK PENGESAHAN. PASTIKAN NOMBOR KAD PENGENALAN DAN NAMA ANDA YANG DITERIAKKAN OLEH KERANI PENGUNDIAN PERTAMA ADALAH TEPAT.
4. BERGERAK KE HADAPAN KERANI PENGUNDIAN KEDUA. CELUPKAN JARI TELUNJUK TANGAN KIRI KE DALAM BOTOL DAKWAT PILIHAN RAYA APABILA DIMINTA OLEH KERANI PENGUNDIAN KEDUA.
(KERANI PENGUNDIAN PERTAMA AKAN MEMBUAT PENANDAAN NAMA ANDA DALAM BUKU DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA APABILA JARI ANDA DICELUPKAN KE DALAM BOTOL DAKWAT PILIHAN RAYA).
5. TERIMA KERTAS UNDI DARI KERANI PENGUNDIAN KETIGA.
6. BERGERAK KE MEJA KETUA TEMPAT MENGUNDI (KTM) UNTUK MENINGGALKAN TELEFON BIMBIT.
(SEMUA PROSES PENGUNDIAN DIJALANKAN DALAM KEHADIRAN EJEN-EJEN TEMPAT MENGUNDI YANG BERTUGAS).
7. MAJU KE PETAK UNDI DAN TANDAKAN “X” PADA RUANG KOSONG BERSEBELAHAN DENGAN NAMA DAN SIMBOL CALON DALAM KERTAS UNDI MENGGUNAKAN PEN. PILIH SATU CALON SAHAJA.
8. MASUKKAN KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI YANG BETUL.
9. BERGERAK KE MEJA KTM SEKALI LAGI UNTUK MENGAMBIL TELEFON BIMBIT.
10. SEGERA TINGGALKAN TEMPAT MENGUNDI SETELAH SELESAI MENGUNDI.
Baca juga : SPR Boleh Tangguh Jika Banjir Besar
SPR menetapkan Sabtu ini sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media telah memaklumkan panduan pengundian bagi pengundi positif C0VID-19 akan dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berserta pautan berkaitan.
semoga proses pembuangan undi kali ini berjalan dengan lancar dan licin..
pilihlah pemimpin yang bertanggungjawab dan boleh bekerja untuk rakyat
mrhanafi recently posted…Santai makan malam di Restoran Lepau