I Citra KWSP one off

Kerajaan digesa membenarkan sekali lagi pengeluaran KWSP 2.0 sebanyak RM10,000 pada Bajet 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini. Rayuan itu turut diluahkan melalui media sosial milik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, masih ramai rakyat berharap pengeluaran KWSP dibenarkan meskipun terdapat tentangan daripada segelintir pihak.

Kerajaan perlu memikirkan bebanan yang ditanggung rakyat selepas kenaikan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1.75 hingga ke 2.25 peratus disamping inflasi yang dihadapi sehingga membawa kepada kenaikan kos sara hidup. 

Wang Bantuan Pengeluaran KWSP 2.0

Duit KWSP Habis Bayar Hutang

Memang sebenarnya yang terjejas perlukan (pengeluaran one-off KWSP) sebab itu duit mereka yang bekerja dan di dalam keadaan terdesak. Mereka fikir itu alternatif untuk mereka tampung perbelanjaan.

Sekarang inflasi meningkat dan kita lihat hutang isi rumah juga meningkat ekoran terbeban dari segi pinjaman akibat kenaikan OPR yang dikenakan pihak bank.  

Dengan pengeluaran khas ini, ia dapat menampung perbelanjaan isi rumah untuk jangka pendek di samping menggalakkan kitaran wang dalam negara. Ini berlaku ketika rakyat mula membeli apabila terdapat aliran tunai, seterusnya memberi kesan positif kepada pusingan kitaran ekonomi.

Dengan mewujudkan pengeluaran khas untuk golongan tesebut (sebahagian atau keseluruhan simpanan KWSP), dapatlah ia dimanfaatkan oleh golongan berkenaan untuk meneruskan kelangsungan  hidup ataupun untuk tujuan tertentu seperti menunaikan ibadah haji.

Baca juga : Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Dituntut Lebih 134,000 Pencarum

Pengeluaran KWSP 2.0

Inisiatif Selain Pengeluaran KWSP 2.0

Wang simpanan KWSP adalah hak milik pencarum dan sewajarnya ahli tidak aktif juga dibenarkan untuk mengeluarkan wang tersebut. Ini terutamanya untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana mereka tiada pilihan lain selain terpaksa bergantung kepada simpanan KWSP.

Sebelum ini KWSP membenarkan kemudahan pengeluaran melalui i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik C0VID-19

Kerajaan juga perlu mengambil inisiatif tambahan dengan mewujudkan kempen perbelanjaan berhemah menggunakan wang KWSP sekiranya pengeluaran one-off tersebut dibenarkan sekali lagi.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul La­tiff berkata, pengeluaran KWSP 2.0 di dalam bajet 2023 dilihat hanya memberi manfaat besar kepada golongan T20 dan sebahagian M40.

Kebanyakan pencarum B40 tidak akan menerima manfaat berkenaan. Data KWSP menunjukkan majoriti pencarum terutamanya bangsa Melayu tidak mempunyai simpanan mencukupi di dalam KWSP mereka.

Baca juga : Mana Lebih Utama? Bayar Zakat Harta atau Selesaikan Hutang?

Pengeluaran Khas KWSP

Kerajaan sewajarnya memberi tumpuan untuk menambah jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menjadikannya lebih berkala dan bukan secara one-off.

Selain itu, pemberian baucar elektronik (e-baucar) di bawah kaedah muqassah kepada semua isi rumah B40 juga mampu membantu rakyat. Bermaksud boleh ditukar dengan barangan keperluan asas setiap bulan.

Peniaga akan mengumpul e-baucar ini dan menebus dengan kerajaan melalui pengurangan pembayaran cukai korporat. 

Kelebihan e-baucar berbanding bantuan tunai seperti sekarang ialah dapat memastikan bantuan tersebut tidak digunakan untuk maksud lain. Dan kerajaan tidak perlu menambah hutang untuk memberi bantuan tunai kerana menggunakan konsep muqassah.

14 Comments

  1. setuju je sbb lain orang lain masalah. yg rasa mampu takyah nak keluarkan takyah nak bising-bising. bukan dia paksa suruh keluarkan pun

  2. SA setuju jika dibenarkan keluar one off sekali lg sbb anak nak bljr uiiii…degree dia je 30k+++…

  3. Beri pada yg dah tak de keje dan tak mencarum lagi..pada yg masih keje beri pilihan nak atau tidak dgn jumlah tertentu..barulah betul keluarga malaysia makmur bersama,.

  4. Sy nak sangat keluar ONE OFF sekali lagi sy B40 perbelanjaan untuk makan pun susah.. beli barang semua naik… belanja anak kt UNIVERSITI minggu-minggu kena kirim…sy nak kirim pakai ape..ni sy merayu sangat lah kpd kerajaan tolong keluarkan EPF One off sekali lagi…

  5. Setuju.
    account pun x aktif lagi semenjak 2019 kena buang kija.

  6. One off tapi yg tak bekerja dibenarkan keluarkan semua akaun 1

  7. Tolong lah benarkan pengeluaran akaun 1 kalau boleh no limit saya sangat memerlukan duit mcm2 nak bayar

  8. Saya setuju sgt2 klau kerajaan benarkn 10k one off kwsp, yg xnk kluarkn tu hak masing2, dgn keadaan barangan keperluan harian mahal. Memandangkn sya xbekerja,ibu tunggal nk sara ank2 yg masih bersekolah. Memang sgt2 memerlukan duit utk meneruskn kelansunggan hidup. Harap pihak kerajaan dpt mempertimbangkn permohonan kami ni…

  9. Rakyat susah..menteri2 tk rsa,lulus je lh kwsp 2.0
    Dh lh brg2 skrg ni..mahal.

  10. Setuju saya tak berkerja sejak covid di buang kerja…ibu tunggal ada anak usia 4 tahun.dapat icitra ilestari semua bayar hutang…ni masih tak kerja sewa rumah apiair susupamper…pinjam sna sni dapat duit bkm tetap bayar hutang org.niaga majlis kacau saman sna sni…

  11. Bukan kami mntk duit sape2 pun tu duit kami juga..kena faham la masalah kami yg b40 ni tmbahan plk harga brg semakin melonjak tinggi hutang keliling pinggang

  12. Saya setuju tidak ada pendapatan sejak covid hutang pun dah banyak….lgi untk belanja ankk…tlng la luluskan kwsp 2.0 untk permudahkan bebanan kami…

  13. Setuju sangat, kalau kami tak memerlukan, buat apa kami hendak keluarkan? Harapkan bantuan, bantuan pun tak seberapa, bukan kami tak bersyukur, tapi memang kenyataan tak cukup. Kalau kami dapat keluarkan duit kami sendiri, kami pun berpuas hati, sebab tu, duit simpanan kami sendiri.

  14. Saya setuju tidak ada pendapatan sejak covid hutang pun dah banyak….lgi untk belanja ankk…tlng la luluskan kwsp 2.0 untk permudahkan bebanan kami…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge