Bagi memastikan rantaian penularan wabak dapat diputuskan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyarankan agar permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dibuat segera secara dalam talian.
Terutamanya bagi pemohon yang berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini.
Pemohon yang layak membuat permohonan baharu BPN 2.0 adalah bukan penerima BPN 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
i. Kategori BPN 2.0 B40
a) Isi Rumah
Kahwin; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.
b) Bujang
Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun
dan ke atas); dan
Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
c) Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
ii. Kategori BPN 2.0 M40
a) Isi Rumah
Kahwin; atau
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
Pendapatan Isi Rumah bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000.
b) Bujang
Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000.
c) Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Pembayaran bagi permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.
Download FAQ BPN 2.0
Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut.
Baca juga : Tips dan Cara Hantar Borang Mohon Bantuan Prihatin Nasional BPN 2020
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/