GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000
kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan
bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan
produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Permohonan adalah terbuka buat semua PKS berdaftar yang layak dan cukup syarat permohonan yang ditetapkan. Peniaga yang tidak sempat memohon GKP yang lepas boleh buat permohonan baru GKP di bawah pakej Kita Prihatin.
Baca Info Terkini : Bayaran Rayuan Geran Khas Prihatin GKP 2.0 Bermula 5 Februari 2021
Baca juga : RM3,000 Geran Khas Prihatin 2.0 dibayar Mulai 30 November
Siapakah yang layak memohon GKP 2.0?
- Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
(PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak
termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat
Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 secara one-off.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan) dan pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 27 November 2020.
Baca terkini : Mohon RM1,000 Geran Khas Prihatin GKP 3.0 Bantuan Untuk Peniaga
Baca juga : Cara Mohon dan Bayaran Geran Khas Prihatin GKP 3.0 April 2021
Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.
Baca juga : Tarikh Rayuan Geran Khas Prihatin GKP 2.0 Bermula 7 Disember 2020
Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 30 November 2020. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.
Kod Tidak Lulus Geran Khas Prihatin
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).