Pelajar SPM 2021

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 telah diketahui baru-baru ini. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pelajar? Banyak ruang dan peluang yang JPA sediakan untuk pelajar lepasan SPM, malah turut meliputi Program Penajaan JPA.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 yang memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk memohon Program-Program Penajaan JPA menerusi 3 penajaan berikut:

  1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)
  2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
  3. Program Penajaan Nasional (PPN)

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang setiap program berikut:

Program-program Penajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021

program jpa spm

1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  5. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

CARA PERMOHONAN

Untuk memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my.

TARIKH PERMOHONAN : 16-26 Jun 2022

Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

Baca juga : Cara Semak Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Online

Program Penajaan JPA

2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)

Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Penajaan secara berpakej daripada peringkat persediaan hingga Ijazah Pertama akan ditawarkan bagi calon yang layak.

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  5. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  6. Keutamaan dberikan kepada calon daripada latarbelakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

CARA PERMOHONAN

Untuk memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my.

TARIKH PERMOHONAN : 20-26 Jun 2022

Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

Program Penajaan JPA

3. Program Penajaan Nasional (PPN)

Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2022 adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikut pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK).

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  5. Menduduki SPM 2021 buat kali pertama
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

CARA PERMOHONAN

Untuk memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: http://esilav2.jpa.gov.my.

TARIKH PERMOHONAN : 20-26 Jun 2022

Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge